malaysia memang ada banyak musim. salah satu drpdnya, musim demam.
untungnya duduk rumah kayu adalah kau tak perlu pasang air-cond. malam-malam mesti akan terjaga sekurang-kurangnya dua kali untuk pergi buang air kecil. dia punya sejuk, sampai kene sorokkan muka bawah selimut dan bantal. kalau tak, mmg hidung i akan beku.
hari kamis, dah rasa macam ada kertas pasir gred 2 dalam tekak. untuk beberapa minggu sebelum itu, memang suara aku macam Akon bercakap, lebih-lebih lagi kalau pagi tak minum teh panas.
petang rabu, ada orang buat renovation. lps tu ada bau thinner yg tak thin langsung. yeslah. mmg makin teruk la demam.
letih je minum air panas dari pagi bawak ke petang. hari jumaat, building management tukar filter aircond. aku mmg tak tahan la kalau derang baru tukar. memang pakai sweater sekali la.
dalam gambar ini saya memakai sweater dan pashmina sekali. tudung tu pun dah mcm pashmina juga. untuk tutup dahi dan ubun-ubun. sejuk, tak tahan.
dan hari ini, hari ahad, masih lagi bernagas ikut mulut. tolonglah esok jangan demam.
kepada sesiapa yang membaca, jagalah keselamatan eh kesihatan diri anda. marilah kita buat milo panas dan duduk depan TV.
2 comments:
bernagas? perbuatan menjadi nagakah? HAHA
ucu take care.
sila minum air masak bergelen-gelen hokey? sayang kamu! :)
a ah anda mana tau anda tak pernah jadi naga/ manusia
Post a Comment