Sunday, January 02, 2011

Letop-letop

Secara peribadi, aku kurang gemar dgn sambutan tahun baru. Sebab memng bising yamatz. Kirim salamlah nak tidur dgn tenang. Mesti ada bunyi meletop yang menggugurkan jantung.

Bercakap tentang letop-letop, aku teringat satu peristiwa yang berlaku lebih kurang 10-11 tahun dulu. Ye ye tahulah super lama.

Malam tu bukan malam tahun baru tapi dah nak raya puasa. Masa tu foundation, aku bersyukurlah aku duduk kat hostel tuh. Minggu tu orang dah mula balik rumah tapi saya selalu feeling-feeling kampung di bandar sri begawan (eceh). Jadi, aku masih ada di hostel MMU tanpa sebab yang kukuh dan membuat perkara-perkara yang kadar faedah dia sbnrnya tak tinggi sgt.

Aku mmg bukan berjiwa kental. Selalu juga aku memasuki fasa takut nak pergi bilik air semasa siri 'Kekasihku Seru' itu hari. Cis mmg saikolah cite tu. Tade bunyi-bunyi yang menyeramkan pun boleh menakutkan aku. Huih takut kot tgk orang duduk dalam bilik tidur, sekali bila kamera fokus kat siling, ada menatang tu.

Erm jap refer perenggapan atas. Ouh letop-letop.

Jadi, malam tu bukanlah lewat sgt pun tapi tandas kat tingkat atas-atas tu mmg kurang orang. Aku duduk tingkat 20++. Sumpah rasa perut memulas gila. Bayangkan pls, dahla tengah sakit perut tetapi bergelut dgn perasaan takut. Dem, loser betol. Dahlah lampu terang-benderang masa tu tapi takut jugak. Perasan tak, bila kita takut, masa tu lah kita akan ingat semua cite hantu yang kita pernah dgr. Dah la derang selalu ckp tapak hostel tu tapak kubur ke hape ke. I het btol bila teringat bende gitu.

Tapi, sebab dah tak mampu tahan, aku gagahkan diri juga. Aku ni mmg ada perangai dari sekolah tak mau tgk cermin dlm toilet. Ini lagi satu i het cerita nampak bayang-bayang kat cermin.

(anda sedang makan atau geli dgn cerita-cerit berkaitan perkumuhan? Sila berhenti dr bacaan anda sekarang juga)

Jadi, aku pun larilah masuk tandas. Tapi biasalah, nak cepat, mesti jadi lambat. Masa tu lah rasa nak sembelit padahal dlm bilik tadi bukan main rasa memang dah darurat sgt dah.

Masa tu dah menderita sangat dah. Sekali tu, aku rasa sikit lagi aku nak jatuh dekat you know where lah kan. Ada satu dentuman yang maha dasyat yang buatkan jantung aku hampir luruh.

Peti ais. Siapalah yang bakar mercun. Aku rasa dia bakar dekat hostel lelaki yang mmg dekat gila dgn hostel perempuan (depan hostel ada juga padang kecil ke arah masjid). Bila bunyi dia terkepung gitu, paham-paham je lah dia punya efek mcm mana.

Siot. Terbatal semua hasrat dan niat qadha' hajat aku untuk masa itu. Memang letop-letop itu sungguh kurang sopan.

Btw, letop-letop adalah bunga api.


Sent from my iPad

No comments: