Sunday, September 04, 2011

Perihal Menyesuaikan Diri

Selalu kalau lepak Klang, tak lama. Tapi sekarang aku sudah mulakan hidup baru (kind of) di sini (sila doakan kejayaan aku. Fuh! Fuh!), baru aku sedar bahawa ia tidak semudah yang dilihat.

Aku ingatkan semuanya dah cukup simple. InsyaAllah, aku tak perlukan makanan mewah-mewah. Kalau teringin sesuatu masakan, boleh bergabung tenaga dgn emak nak siapkan. Jadi, aku beranggapan tidak banyak yang akan dan perlu berubah.

Dalam tak perlu berubah tu, ada juga perkara yang terpaksa aku sesuaikan.

Usia sudah dekat tiga dekad, aku perhatikan juga apa yang aku makan. Selalunya, aku memang makan nasi tiap-tiap hari. Tetapi selalunya aku makan nasi cuma sekali sehari. Kalau hari bekerja, aku makan yang ringan-ringan sahaja. Takut mengantuk sebab selalunya aku kalau dah makan, memang tak berapa pandai nak berhenti sebelum kenyang. Pagi, memang makan roti sahaja selalunya. Lunch pula kalau nak makan nasi, cuma setengah. Selebihnya sayur hijau. Ye, saya sangat mementingkan kelancaran sistem perkumuhan saya.

Tetapi di sini lain sikit. Selalunya yang ada memang nasi sahaja. Lagi pula aku kerja di rumah. Lain, sebab katil tak jauh, tumbang di sebelah pun takpe. Kalau kenyang sangat, tak memasal membuta hingga petang.

Aku pun dah jarang bersenam, lagilah tak berani nak sentuh nasi secara membuta-tuli. Seminggu dua ni memang ramai orang datang melawat. Mungkin bila emak dah keluar hospital nanti lebih mudah nak berjalan-jalan dengan emak. Masa itu, mungkin akan lebih berani makan nasi.

Maaflah emak. Saya bukan tak sudi. See? Saya makan tau sebenarnya. Tetapi mungkin tidak sebanyak dulu. Dulu tu masa masih muda remaja.

Aku sedang sesuaikan diri. Alhamdulillah, selama ini pun dah selalu kerja dari rumah. Jadi, tidaklah sukar sangat. Kawan-kawan pejabat pun beri sokongan. Bertuahnya badan.

Selamat Hari Raya Eid-ul-Fitri. Maaf zahir dan batin. Masih sempat kan? :).


Sent from my iPad

5 comments:

Unknown said...

cepat sembuh ya ucu. wah, beruntungnya kerja dari rumah. :)

Unknown said...

Mak saya pls. Tapi saya pun sama. Terima kasih.

Itulah, bersyukur sgt boleh kerja dari rumah.

bujal X said...

best kerja dari rumah.takde jem hapa~he~~

*jangan la abaikan makan~

pae dasuki said...

Ucu, Selamat Hari Raya(wish lagi walaupun dah wish kat twitter haritu) :p.
eh, kerja dari rumah smpi hujung tahun? kenapakah?

Unknown said...

Bujal X: taklah abaikan. Makan, cuma kurang.
Pae: emak tak sihat sgt. Tunggu dia skejeaplah. Doakan dia sihat ye?