Monday, August 19, 2013

ros idaman


terima kasih. tak sangkanya. memang dah lama nak bunga ros. ini perempuan cantik duduk depan saya yang kasi.

ah bahagia.

Friday, August 16, 2013

of saving someone


everyone wants to be a hero/ heroin. everybody wants to save a life. but what if in order to save someone, you have to save yourself first? before fixing someone, you need to be durable enough to endure all the obstacles that will come your way.

yes, superman has its own weakness. that man of steel (albeit that it is a fictional character); with a role to save the world, is easily crippled by a kryptonite.

so how can we, mere human, can assume that we can save anybody that we want too?

we can only do so much. we can save someone as long as that particular someone wants to be helped.

at least, that's what I think.

Wednesday, August 14, 2013

terang-terang


di suatu masa dulu

Whatsapp:
A: awak
A: :(

ah sudah. kenapa pula ni?

B: ye, saya.
A: dia (buah hatinya) tak mahu kasi pegang phone lagi.
A: selalu dia kasi je

mungkin sebenarnya dia tahu apa yang terjadi. tetapi dia takut untuk menghadapi kemungkinan. maklum, 'berkawan' bukan sehari dua. itulah lumrah manusia. kadang sudah tahu tapi masih mahu bertanya. bukan sebab apa, kita semua mahu approval.

sebab itu kawan kita kadang selalu bertanya: dah tahu kenapa nak tanya?

sebab kita mahu approval.

Saturday, August 10, 2013

puas hati


A: ini gambar di mana?
B: rumahlah.
A: rumah? buat sendiri ye?

lebih mudah sebenarnya. memanglah nampak remeh tapi seronok. bukan senang nak bergotong-royong sama-sama buat kuih. tak perlu ceritalah gotong-royong di kampung kalau di rumah sendiri pun dah fail.

masa inilah mahu cuba bermesra dengan orang tua. selalu tu mood dah ke laut sebab penat. muka ketat kalau bercakap. sebab kita tiada pilihan lain selain daripada bermuka manis untuk juadah buka puasa, maka pura-pura gembiralah walaupun macam ada harimau dalam perut.

kalau buat sendiri, tahu dah apa yang kita mahu. setengah orang tak mahu sengkuang. yang lain tak mahu lobak (entah apalah yang mereka mahu sebagai inti popiah. jangan tanya). ini juga peluang untuk belajar buat popiah. selalu main tunjuk sahaja, kali ini ha tunggulah. lepas buat inti kene keringkan berapa jam. kemudian gulung. gulung mesti simetri walaupun untuk hidangan di rumah.

kemudian berebut siapa nak goreng. bukan mudah ya sebenarnya perihal makan-memakan ini.

B: aah. buat sendiri.

:)

Thursday, August 08, 2013

Ghaya! Ghaya!

' rasalah ketupat ini..'

'dengan rendangnya sekali..'

 ' sudilah rasa kuihku..'

 ' pilihlah yang mana satu..'

*yang last sekali tu mmg mintak kene sekeh. 

anyways, selamat hari raya. maaf zahir batin :)

Wednesday, August 07, 2013

senyum


apa ada di sebalik senyum?
mungkin luka. mungkin betul bahagia.
ah apa kisah?
mengapa susah-susah mahu tafsir?

take it at face value.

(ini masa bersteam bot dgn rakan sama-sama 'crack')

Saturday, August 03, 2013

fikir-fikir-fikir




(tentang hubungan. tidak kiralah tentang persabahatan atau apa)

A: kau..kenapa selalu senyap?
B yang sedang tunduk, meninjau di sebalik kaca mata. A membalas pandangan yang bisu, hanya mengulang pertanyaan melalui pandangan mata.

sela tanpa bunyi. yang sebetulnya memeningkan.

A: apa lagi yang kau fikir panjang-panjang ni? nanti mulalah tak mau keluar dengan aku, tak mau jawab telefon. semua pun nak sendiri.

B cuma tersenyum. apalah yang A faham dengan kehidupan yang berselirat.

A: kau sahaja yang buat benda jadi rumit. semua itu tidak perlu jadi rumit sebenarnya.

Tipikal A.

B cuma senyum.

B: kalau aku mahu sarapan pagi pun aku fikir panjang, apa membuatkan kau fikir aku mahu redah saja bila sampai pada perkara ini?

02:00

satu. hanya satu je kerja kau. itu je pun. 

ini kerja kami. bukan kerja kita. atau kerja kau seorang. kalau rasa tak boleh beri komitmen, tolonglah ckp. jangan rosakkan bisnes orang. yang paling penting, kepercayaan orang jangan buang. 

apa yang ada kalau sebagai seorang kawan sudah lousy, begitu juga rakan sekerja? apa lagi?

Thursday, July 18, 2013

10:58pm

people say that you don't take the same person the second time because it's like re-reading a book. 

what's wrong in re-reading a book,though? i have a book that i re-read when i need to calm down when I feel so stressed. oke i mean books, not book. 

sadly, my thought has truncated. need to sleep to wake up early tomorrow. 

Saturday, July 13, 2013

diam. sendiri





kenapa agaknya kalau sibuk mulalah banyak idea dalam kepala? padahal kalau duduk diam-diam tu, takde pulak. contoh macam tadilah. elok-elok berazam daripada balik kerja nak bercerita, alih-alih cerita entah ke mana, orangnya entah ke mana. tak boleh pakai betul.

kalau buat kerja pula, ha mulalah datang idea kiri kanan. tak pun masa tgh berdiri dalam train. itupun tak boleh pakai juga sebab tangan tengah sibuk cuba bergayut kiri-kanan. manalah sempat nak ambik telefon pulak nak menaip.

bercakap tentang train, comel betul ada someone ni semalam dia tolong perhatikan tempat duduk kosong dalam tren. kalau ada kosong, dia suruh perempuan duduk. yelah, puasa. besar kemungkinan dia penat jadi dia pun mcm tak larat nak bangun untuk kasi tempat duduk dia. at least, ada juga usaha dia.

terpesong dah rasanya karangan ni. bahaha. sebelum ia pergi lebih jauh, baik berhenti dulu.

jadi, korang buka apa tadi? saya sempat buat French Toast ala sukahati.

Monday, July 08, 2013

umpan


nak mengumpan ni bukan susah. setengah orang main belasah je. setengah orang dia sabar. dalam diam dia memerhati. dia perhati sahaja habit orang.

ala kita ini semuanya a creature of habit. tak lari daripada kebiasaan. susah tau nak buat sesuatu di luar rutin. kalau dah makan pukul 1 tengahari, mmg 1 tengahari juga la yang dicari.

perhati lama sikit, bukan susah pun. banyak dah social media yang boleh digunakan untuk stalking.

sabarlah. tgk penyerang hendap sabar dia mcm mana. selamat berjaya!

Sunday, July 07, 2013

sea, sun, love


(misleading entry. gambar tiada kaitan dgn entry)

bulan puasa memang ditunggu-tunggu. banyak sebab sebenarnya tetapi yang ingin disentuh di sini adalah waktu bekerja. ya, boleh balik awal. ya balik awal stok pukul 3 petang punya balik.

ramai berkata 'bestnya balik pukul 3'. yelah bestlah kalau kene mandi sebelum sahur, makan lps tu pakai baju terus tunggu bas. kalau bernasib malang, 30 minit jugalah kau tunggu bas tu tak sampai-sampai. mmg penuh dugaan romadhuon (mulut herot sikit) betullah kalau kau dah berkobar-kobar kalah budak sekolah sekali ketibas semua bas tak datang lagi. bukan itu sahaja, batang hidung teksi pun tak nampak. mulalah kaki yang sbnrnya elok je sebelum tu jadi sengal-sengal, pedih-pedih sikit. dasar tiada benih kesabaran dalam diri betul.

kalau nasib baik, mmg boleh sampai dan balik awal. yg tak berapa nak nasib baik tu kalau balik pulak bas buat hal. bertolak pukul 4 misalnya. mmg nganga je la sebab akan stuck dalam jam. kita sambung tido sambil ternganga (kisah benar). dengan tade ekonnya hoi sedihnya rasa. macam zaman sekolah kene tido dalam bas yg serupa bekas kedap udara, tido terlentok-lentok dengan peluh menitik kat dahi. puas jugalah tido daripada 4.15 sampai 5.15 kot. itu pun tak sampai lagi.

penyelesaian? penyelesaiannya adalah buat deal dengan pakcik teksilah siap-siap untuk memastikan anda boleh sampai jam 7 pagi ke pejabat dan pulang jam 3 petang. kebarangkalian stuck dlm traffic jam itu sgt rendah.

ouh btw, office saya flexi hour. hiks.

sudah hampir lapan setengah. anda sudah repeat berbuka atau belum?

'aku perhati je ni'


ini kucing di rumah kami tgh perhati hamster. ayat sepupu ' dia tunggu masa je tu tuan tade. hilang je dia terkam. '

Sunday, June 30, 2013

Yang pernah

kita sebenarnya tidak pernah lupa apa yang kita ada. sentiasa, sentiasa ingat.

cuma kita selalu leka bahawa yang kita ada itu boleh juga berubah menjadi yang pernah ada.

lepaskan kalau sudah tidak mampu. lepaskan kalau beban terasa berat amat. untuk apa lukis senyum kalau boleh senyum secara semulajadi sekalipun hanya sendiri? atau mungkin boleh senyum gembira dengan bantuan yang lain.

masa masih ada (kalau tiada pun sudah ditakdirkan. bising-bising pun tak dapat apa). melangkah pergi jauh-jauh kalau perlu. kalau satu hari nanti garis selari ini ditakdirkan bertembung semula, tahulah kita.

tahulah kita itu adalah petanda :)

Wednesday, June 26, 2013

Sejarah


Bukan salah simpan kenangan. Selak kenangan juga tak salah. Itu kalau ianya tak membunuh; ini pendapat akulah.

Apalah guna di selak kenangan kalau yang merana diri sendiri. Apalah guna dikenang kalau semuanya dah habis, dah tiada apa yang tinggal.

Tenanglah hati-hati yang kecewa. Masih ada terang di hujung jalan selagi mata kau buka dan ada masih ada percaya. Tenanglah. Tidur lena malam nanti.

Saturday, June 22, 2013

Keliru dan hilang punca kerana jerebu



Orang cakap ' humour is the best defense'. Macam kita sebenarnya sakit hati bila orang tanya 'bila turn awak ni?' tapi kita kebanyakannya senyum, ketap gigi dan cakap ' nanti, pukul lima'. Dan semua ketawa, termasuk kita yang sama terluka sebenarnya. 

Orang juga cakap ' paling susah nak bercerita pada orang yang paling kita sayang sebab kita mahu dia approve apa yang kita buat'. Haih. Yang ini memang tidak dapat disangkal lagi. Kita mahu dia nampak kita semua oke walaupun sebenarnya di sebalik wajah yang tenang, ada tsunami dalam hati. 

Orang ada cakap lagi ' yang paling banyak bercakap tidak semestinya banyak bercerita'. Nampak macam peningkan? Tapi itu kenyataan. 

Itu belum lagi ' orang yang paling banyak ketawa adalah yang paling sedih sebenarnya'. Ini ada benar, ada tidak. Tetapi tak salahkan kalau kita bertanya? 

Tanya. Itu sebenarnya. Ada separuh daripada kita yang tidak suka ditanya. Beri dia cukup masa dan dia akan bersuara. Ada pula yang mahu ditanya, mahu dihargai walaupun sekejap. Sebab dia sudah penat. Penat memikul semua beban. Penat jadi badut untuk orang lain sedangkan dia juga mahu seseorang dengar apa dia mahu cakap. Dengar tanpa menghukum. Dengar dia meluahkan sampai habis kerana dia tahu apa yang dia perlu buat cuma dia perlu lebih masa untuk ambil tindakan. Kerana apa? Sebab keputusan itu bukan mudah. Kalau dia teruskan, dia merana. Kalau dia tinggal juga dia yang merana. Berapa lama sakit itu akan ada, tak siapa tahu, malah dia sendiri tak tahu. 

Tanya kerana dia sebenarnya sudah mula rasa sunyi dalam keriuhan. Bila-bila masa sahaja topeng kegembiraan yang dia pakai akan tertanggal hingga nampak liang bekas air mata di muka. 

Dia cuma mahu seorang kawan yang boleh mendengar saat ini. Itu sahaja. Tolong beri dia peluang cari sedikit rasa lega dalam sesak akibat jerebu di luar sana. Di luar dan juga di dalam. 

Jerebu. Jerebu hati. 

Sunday, May 19, 2013

Kau tahu?


"perlu aku khabarkan betapa hutan batu ini begitu menyesakkan? mungkin tidak. mungkin kau sudah lebih arif daripada aku.

apa yang mungkin kau tidak tahu adalah betapa kau membantu aku menghadapi kesesakan ini. untuk setiap degupan jantung yang laju disebabkan tekanan kerja, ada sela-sela menyenangkan bila wajah kau yang aku lihat.'

Wednesday, April 24, 2013

Do it!

Do it!

It is easy to put off things. The book that we are supposed finish reading, the homework, the laundry and the list goes on. But we know we have to finish it anyways. The problem is...when?

Most of the time, I find myself submitting mediocre work because of last minute work. Most of the time the idea is there but because of time constraint, there was not enough time to edit the work.

Motivation can be found almost anywhere. I found mine with Seth Godin. Just google him up and subscribe to the blog. He makes perfect sense why we should complete our tasks.

Happy reading!

Sunday, March 17, 2013

ini pos tiada hala tuju

kadang-kadang, mungkin, agaknya. weih. serabutlah. ingat tak serabut ke kalau byk sgt kemungkinan? kalau tray lauk dekat kedai tu beratur masa lunch pun tak boleh buat pilihan, inikan pula cerita kehidupan yang banyak kemungkinan.

kalau pilih tempat makan pun boleh bawak gaduh, jgn haraplah boleh buat pilihan bila dah berkait soal emosi. lunch tu soal praktikal pun tak boleh nak pilih.

haih susahlah. banyak sangat kemungkinan. mungkin macam ini, mungkin macam itu. mungkin bos hang marah hang tadi bukan sebab dia marah kat hang tapi dia tak boleh lepas kat bini dia so hang kena. tak pun sebab dia simpan silap hang lama dah. tak pun dia PMS. tak pun dia..tak pun...

ha tau tak banyak sangat kemungkinan? ikut kat diri sendirilah nak fikir positif ke tak tapi memang banyaklah kemungkinan, tak boleh cerita. makin jauh biarkan fikiran melayang, makin banyaklah teori yang akan keluar. dah banyak teori ni, jawapannya memang tak boleh fikir apa-apalah. as in tak boleh nak buat keputusan.

dan di sinilah aku, tak boleh buat keputusan.

' disebabkan rambut, habis hati tertawan' . boleh tahan rasa nak tampar juga statement.

dahlah. dah dua pagi. apa aku buat berjaga lama macam ni.

Sunday, March 10, 2013

Aku percaya

aku percaya waktu aku hilang kau
aku jumpa diri aku kembali.

sepanjang aku cari kau
aku juga cari diri sendiri
kekuatan, kelemahan, kesabaran.

terima kasih
memori, perkenalan kita, dan pengajaran ini.

terima kasih.