Sunday, May 03, 2009

Bukan yang kita jangka

‘Ye kak. Nak minum ape?’ pelayan itu bertanya ramah-tamah. ‘Eh, sorang je?,’ pelayan lelaki berambut perang bertanya lagi setelah menyedari siapa aku. Pastilah susah untuk melupakan wajah ini yang hampir setiap hari duduk di sini menikmati sarapan pagi.

Mata kau dah kenape? Tak nampak ke kedai makan ko ni penuh dengan orang? Aku datang dengan diaorang la sebenarnya. Saja aku duduk sorang-sorang kat meja ni. Salah ke?

Malang sebab itu cuma bisikan hati aku sahaja. Tak terluah dek mulut aku

Aku senyum. ‘Biasa,’ sambil tangan dengan pantas membuka suratkhabar yang sebenarnya lebih layak untuk aku buat alas tempat duduk sahaja.

Aku arif benar dengan maksud soalan tersebut, faham dia ingin bertanya tentang apa. Aku cuma tidak mampu berhadapan dengan soalan Si Rambut Perang tentang Hafiz. Aku tidak punya tenaga untuk bersoal-jawab dengan sesiapapun tentang di mana Hafiz. Di mana teman lelaki aku yang selalu aku usung ke sana ke mari.

Mungkin sebab itulah emak berpesan supaya jangan asyik masyuk bercinta. Sebenarnya, ayat emak berbunyi begini:

‘Ha, masuk yunibersiti tu jangan mengada-ngada nak berboipren-boipren. Habiskan belajar dulu. Karang boo! sana boo! sini dengan boipren. Lepas tu tak habis belajar. Satu hape pun tak jadi.

Sibuk sangat bercinta sampai lupa dunia, mak bapak, adik-beradik. Ingat sikit, kamu tu perempuan. Ape-ape jadi nanti susah. Sayang ke orang ni berpada-pada. Biar dia sayang kita lebih, jangan kita sibuk nak bergolok-gadai sebab dia. Nanti jadi apa-apa, kite yang susah.

Fokus ceramah selalunya berubah-ubah. Kadangkala ia akan lebih kepada aku. Kemudian, ia beralih pula kepada kita. Kadang-kadang emak juga berusaha untuk memberi fokus kepada pemanasan global.

for more: register and click here

No comments: