tengahari tadi, aku duduk makan di ruang tamu makcik. sambil itu, duduk sama-sama menonton televisyen dengan sepupu. aku tak pasti cerita apa yang sedang ditayangkan di TV, yang paling penting waktu itu adalah mengisi perut.
tiba-tiba aku terpandang jaket berwarna merah jambu yang bertulis ROY. Gila-gila Remaja!
waktu cerita itu ditayangkan, aku rasa usia aku masih lagi di dalam kategori hudak hingusan. paling tidak, anak bawah umur. dan aku bila aku tonton kembali cerita itu sekarang (ya, aku dan sepupu-sepupu duduk menonton cerita itu hingga tamat sekalipun sepupu rata-rata lahir dalam tahun 90-an atau hampir 90-an), aku kembali teringat betapa terujanya aku dengan apa yang dipaparkan di dalam cerita itu.
1. aku bercita-cita nak masuk kolej satria semasa menonton cerita itu dulu. tetapi malangnya, kolej itu mungkin tidak pernah wujud. dan gambaran di dalam gim di kolej itu mungkin sekali bohong belaka. tidak pernah pula aku lihat gim di universiti aku sebegitu penuh.
ouh mungkin kerana kami tidak mempunyai kelas aerobik.
2. masih lagi tentang kolej satria. bukan senang nak masuk kolej sebegitu, boleh ambil sabbatical sebulan kemudian datang kolej semata-mata ambil peperiksaan. biasanya, kalau kedatangan kurang daripada 75%, memang bersiap sedialah untuk mengulang.
3. filem ini telah memberikan aku gambaran bahawa seorang doktor mesti menanggalkan kaca mata ketika berbual dengan sanak-saudara remaja. aku terpengaruh. bayangkanlah betapa kecewanya aku bila doktor di klinik tidak pernah menanggalkan cermin mata sebelum memberitahu 'aishah, kamu demam' lalu mengeluh.
aku kecewa tahu? kecewa!
4. ayat Rosyam Nor paling mahal adalah 'oh peperiksaan'.
5. kan bagus kalau mat rempit seantero negara mengamalkan lepak seperti azroy dan rakan-rakan? mereka melepak sambil main yoyo. bukankah sihat dan menjimatkan begitu?
6. aku dan sepupu-sepupu membuat deduksi mungkin konsep R&R dimulakan selepas cerita ini di mana Faizal Hussein berehat di bawah pokok, beralaskan tikar sambil membaca buku. kasihan melihat pengguna jalan raya perlu berbuat begitu, maka idea R&R pun dimulakan.
7. lelaki memakai jaket pink agak cool. tetapi mungkin hanya layak dikenakan oleh orang yang mempunyai paras rupa seperti Faizal Hussein sahaja.
ah kenangan..
6 comments:
ah kenangan. Faizal Hussein memang marvelous. cuma sejak berusia ini beliau kelihatan...kurus?
err.ke bertambah kurus?
I miss zaman dia muda perkasa dan berlakon cerita pendekar-pendekar. ihiks ;)
haha pendekat mabuk
kelas-sik sungguh
oh yes! gila gila remaja - > filem melayu 80an yang aku plg suka!
azreen: oke tak tau plak ko sgt suke gila-gila remaja
wakakakaka!~ tak bley ingat sey ayat rosham nor yg 'oh peperiksaan' wakakakak!~
oooh hye esoh!~ tertibe aku tersampai kat blog ko...:P
eh yante! tahniah sebab sesat di sini
Post a Comment