Tuesday, December 21, 2010

Perihal disket

Waktu itu, aku masih belajar lagi. Tapi lepas sekolahlah. Maaflah, orang tua nak walking down memory lane. Bukan walk, macam merangkak maklum dah tua kan.

Eh termelalut plak.

Anyways, waktu itu aku berusia 18 tahun. Lokasi, Melaka. Waktu: waktu main-main di kuliah oke itu jahat i mean, sedang Cuba menjelma sebagai seorang manusia dewasa.

Pada tahun 2000, disket adalah in oke. Kelas asas komputer memerlukan disket 3.5-inci. Masa tu, disket memang pentinglah. Kau nak sumbat dokumen semua kat dalam itulah. Konon mcm penting gilalah. Tapi siapa ingat yang disket tu, memori dia kecik amat sampai lagu 1.2MB pun tak muat. Ingat tak?

Pegi kelas kene bawak disket yang besar tapak tangan tu. Kalau hilang, mcm kene bawa lagi satu. Sebeban jugalah kene beli disket kan?

Sekarang? Thumbdrive tu mana dah mcm awal 2000, 164 MB. Gelak-gelak je boleh beli 4GB. Itu kire keciklah tu. Ade lagi yang lebih besar. Kalo external tu, huih tak payah ceritalah.

Sejujurnya, aku rindu disket. Aku rindu bunyi yang terhasil bila kita sumbat disket dalam dalam pemacu dia (disk drive amenda translation dia?).

Dah lama aku tak tgk disket. Satu hari nanti kalau anak-anak buah aku dh besar, kalo tunjuk disket kat mereka pun, mesti tak kenal. Entah-entah derang buat alas cawan.


Sent from my iPad

3 comments:

PearlKaz said...

saya juga suka dengar bunyi disket tu. hihi. kat kilang saya, machine wirebond masih ada yang guna disket... tapi boleh juga guna thumbdrive/pendrive.

Unknown said...

Pearlkaz:machine wirebond tu camne eh?

s.c.h.u.l.t said...

disket masih dijual di kedai gambar ucu. sila pergi untuk tengok. hi hi.

p/s:
bunyi yang dikeluarkan memang tak boleh blah. pastu suka gila kalau boleh shortcut guna a://run (pastu tak ingat taip apa tah) :D

p/s/s:
dekat stor ubat kami masih ada disket. maklumlah, pc semua stok tahun 90-an. :)