‘ You did that on purpose kan ?’
Najmi sikit pun tidak mendengar apa yang
dikatakan oleh bibir mungil itu. Dia sedang sibuk memikirkan mereka berdua
duduk di sofa empuk di dalam kedai, bersebelahan. Berbual tentang apa yang
terlintas di kepala. Itu sahaja. Sumpah.
‘ Apa dia ni?’ Sayang. Kalau ikutkan hati,
Najmi mahu ucapkan perkataan itu. Apakan daya dia tidak mampu.
‘ Ni, nama saya,’ gadis di depannya
mengomel sambil memuncungkan sedikit bibir. Rakan-rakan di belakang Najmi ada
yang tersengih sambil membersihkan kaunter. Mujur sahaja kedai kopi berjenama
ini di kawasan pejabat dan sekarang baru jam sepuluh pagi.
‘ Betullah Laily,’ Najmi berbohong. Dia
tahu itu tidak benar. Dia ingat benar perkenalan mereka beberapa minggu lepas…
‘ It’s Laili with two Is,’ ujar si gadis
genit sambil membetulkan kaca mata.
‘ And I can see they are very beautiful,’
bisik hati Najmi. Ini pelanggan dan dia tidak mahu dibuang kerja.
‘ Ok Miss Laili with Is. Anything else?’
‘ That is all, Naj..mi,’ si gadis genit
bersuara. Najmi sedikit tergamam. Jarang sekali namanya disebut oleh pelanggan.
Habis imbas semula kenangan.
‘ I’m so sorry. Must be thinking of another
Laili,’ Najmi cuba
berdrama. ‘ I’ll get back to you later, alright? Someone…’ Najmi memberikan
isyarat mata ke arah bahagian depan kaunter. Laili cuma mengangguk.
Entah bagaimana harus Najmi jelaskan bahawa
perbuatannya sama dengan perbuatan seorang kanak-kanak lelaki yang sengaja
menarik rambut ekor kuda rakan sepermainan perempuan untuk mencuri perhatian.
No comments:
Post a Comment