Tuesday, July 21, 2009

I couldn't take it that Mom didn't use the bag that I bought for her previusly. she claimed the bag to be 'too nice'. i bought it last year so I deemed the answer to be invalid. Then I asked my bro to go to the nearest Parkson. Mom had to endure a 30-min shopping session with me. with me rejecting all the bags that she picked up because they are tote bags. And i know Mom wouldn't want to carry tote bags.

_ _

i am sick today. Still got sore throat but feeling a lot better. Just can't wait to see Anne and Carrie later. Thi hi hi

So, here goes another part of the story tthat I wrote previously :

Aku pasang muka tidak berperasaan.

‘ Apa sebenarnya yang tak kena, Nita?’ aku rasa janggal kerana aku seperti dapat mendengar nama aku diselitkan dalam setiap baris ayat yang keluar dari mulut Azfar. Ouh kecuali apabila dia memesan minuman.

‘ Banyak Azfar. Sebagai contoh, pemanasan global,’ aku angkat tangan sedikit ke atas. Sengaja mahu mengalih perhatiannya.

‘ Nita.’ Nada memberi amaran.

‘ Mereka tidak jumpa lagi penawar untuk kanser.’

‘ Ni-‘

‘..dan juga AIDS.’ Aku sengaja ingin dia marah. Aku sengaja mahu lihat sejauh mana dia boleh bersabar.

Keluhan keluar dari mulutnya. ‘ Nita…’ suara itu kendur.

Aku ambil penyedut minuman dan aku biarkan ia hinggap di bibir aku. Sengaja aku buat begitu sedangkan tidak setitis pun air menjengah ruang kerongkong. Itu tanda aku tidak mahu berbicara dengan Azfar.

‘ Apa yang-‘

‘ Aku rimas Azfar. Aku rimas bila dengan kau. Aku rimas dengan kau yang asyik-asyik menganggu, mencabul ruang privacy aku. Kau ingat aku ni tempat kau hilangkan bosan ke?’

Azfar terpelongo dengan pendedahan itu. Aku kira, lori 18 treler boleh membuat pusingan U dalam mulutnya.

‘ Apa perasaan kau kalau aku telefon kau, ajak kau keluar lepas tu tak sampai lima minit kau telefon cakap tak jadi jumpa? Entah berapa kali kau buat macam tu sebab kau ada janji dengan orang lain. Janji yang kau buat selepas kau janji dengan aku’

‘ Aku mintak maaf-‘

‘ Berapa kali kau nak ulang? Taik telinga aku ni dah naik cair dengan ‘maaf’ kau yang tak bermakna. Kalau sekali dua, aku boleh terima lagi tapi ini dah tak tau kali keberapa.’

‘ Serius-‘

‘ Aku tak peduli kau serius atau tak. Sebelum kau buat, kau sepatutnya fikir. Kau kata kau rapat dengan aku tapi ini adalah kali pertama kawan-kawan aku buat aku macam alas kaki. Nak ambik, tak nak letak tepi.’

‘ Sampai begitu sekali kau rasa, Nita?’

‘ Habis Azfar? Kau nak suruh aku rasa macam mana?’

‘ Tapi kau tak marah-‘

‘ Azfar, kau nak suruh aku mengamuk masa tu, di saat itu juga? Memang kau tak kenal aku sebenarnya. Aku sendiri dah cakap yang kesabaran aku makin tipis. Takkan kau nak suruh aku cakap banyak-banyak kali?’

Senyap.

‘ Ouh maaf. Aku tak cakap sebaliknya aku taip. Tapi, takkan lah itu pun kau tak boleh faham?’

‘ Aku tak sangka yang-‘

‘ Yang apa? Yang hati aku sekeras ini? Yang aku sedegil ini? Selama berapa tahun ini, sila kira berapa kali kau buat taik macam ni dan apa tindakan aku? Kau lupa agaknya, orang yang paling senyap itu la yang paling serik kalau terkena.’ .

‘ Kau ingat kau boleh lepas dengan semua tindakan kau sebab kita kenal dari sekolah sampai sekarang? Kau tau tak sakit hati aku bila kau tuduh aku munafik bila kita tak jadi jumpa, bila aku sibuk dengan mesyuarat? Baik, kalau begitu, fikir balik samada kau munafik atau tak masa kau cancel janji kita itu hari.’

Aku ingat lagi hari itu. Hari yang istimewa untuk aku. Hari lahir aku yang ke 22. Azfar berjanji untuk bawa aku pergi ke satu tempat yang istimewa. Dua minggu sebelum tarikh tersebut dia sudah mengingatkan aku untuk melapangkan hari tersebut. Aku tolak semua ajakan teman yang lain; Elle, Razif, Fikri, Wan dan Zahir. Aku juga terpaksa minta maaf dengan Along dan Acik sebab terpaksa memaksa mereka awalkan sambutan hari itu.

‘ Azfar ajak keluar la eh?’ Along sekadar tersenyum, kenal benar dengan kau.

Aku cuma mengangguk dengan mulut penuh dengan kek buatan Mak.

Alih-alih, Azfar hantar pesanan ringkas minta maaf kerana terpaksa batalkan janji. Aku terus teringat pada cadangan Wan.

‘ Ala kau dah dibook ke? Kita orang baru ingat nak bawak kau pergi Cameron Highlands. Kau asyik sebut pasal strawberi je. Baru nak paksa kau ambik cuti dan pegi sana.’

Aku rasa sakit hati. Sakit hati sebab aku terpaksa luangkan masa khas untuk Azfar dan tiba-tiba dia batalkan sahaja dengan cara tak bermaruah. Pesanan ringkas. Kenapa kau tak hantar saja surat menggunakan kihdmat Pos Malaysia? Sakit hati sebab aku letakkan prioriti untuk Azfar tetapi apa yang aku dapat?

Sejak daripada saat itu, aku tong sampahkan sahaja semua yang pernah Azfar katakan. Dia tidak pernah hargai persahabatan kami sedangkan bagi aku, itulah yang paling penting.

Tidak, aku tak pernah berniat untuk mengungkit apa-apa tetapi kalau dia terus-terusan begini, aku tak mampu bersabar.

Azfar di depan aku membatu, memandang permukaan meja.

‘ Tak boleh ke kau maafkan aku?’

6 comments:

s.c.h.u.l.t said...

boleh.boleh blah! :P

ye..patutnya kita belajar cakap macam tu tapi kenapa syuhada mudah je menjawab 'it's ok...' :)

hai.,..hati oh hati~

s.c.h.u.l.t said...

oh btw, beg tote ssuai utk sy yg kanak2 rebena serta gemar mngangkut brg2 xberfaedah ke hulur hilir ;))

Asmaul Juakhir said...

saya mahu cakap seperti itu juga!
hehehehe..
sangat kool oke..

Unknown said...

syud: ckp je. selambe. ouh nak beg tote juga
maul: ckp je series

nora ashikin said...

senangnya org nak mintak maafkan? hailah...

ye!saya juga suka beg itu! sgt comel. :D

Unknown said...

kinkin: mmg. macam maaf ni bole hapuskan sume bende
kalo camtu kalo dah bunuh org, mintak maaf cukup la kan?. as if