i'm typing this away in such giddiness that i've never known before. ok this is the first time that I'm going to be travelling with the girls. the things is, the bag is bulky and seriously, i'm like so very malas to pack another bag. and i can never understand how people can ever pack light. i mean, there's clothes to make you look chic and funky, and there's one to make you look selekeh, and looking relaxed. if i didn't prepare for this occasions, how am i supposed to know that the occasion may come up?
i mean, consider
morning: wants to look relax but fun and entertaining. a bit tousled haired, having that fresh day look (grey shirt, small polka-dot tudung)
morning: all prepared and groomed and ready for a great day (pink shirt and striped tudung)
morning: looking great, fresh faced and excited (possibly red shirt)
see? and that's morning. we haven't considered afternoon (cute while scouting for jejaka pergi dan balik semayang jumaat).
btw, the bulky bag may be contributed to the free towel when i bought the sandals (they are nice and comfy anne!). and i envy anne. she's so bijak. she just bought one small case of johnson & johnson containing all the essentials; shampoo, lotion, soap and talcum. should have copied her.
so, off now people. can't wait for tomorrow to come. i'm equipped with all the vouchers that i can find (padahal free kat opis). won't be here during weekends so take care and here's another part of my story
1st part
2nd part
Aku hanya ketawa. ‘ Siapa kata aku tak maafkan kau?’
‘ Tapi kau tak call aku pun.’
‘ Aku yang kene call ke? Salah ke kalau kau yang call? Apsal pulak nak berkira? Kalau kau kawan aku, kau tak perlu setkan sistem giliran.’
Sengaja tidak aku tamatkan ayat itu dengan pernyataan ‘kalau kau nak cakap dengan aku, kau call je la’ kerana aku tak mahu dia mengatakan aku tidak akan mengangkat panggilannya. Memang sengaja aku rancangankan supaya jadi begitu.
‘ OK sorry,’ suaranya mendatar. Kalau dulu, aku rasa kasihan tetapi tidak kali ini. Cukup-cukuplah aku perlu melayan sikap tamak dia.
‘ Nita, tak boleh ke kita kawan macam dulu?’
‘ Kau nak kawan macam mana ni?’ Lelaki yang seorang ini betul-betul buat aku gila. Kenapa perangainya macam perempuan? Emosional terus-menerus.
‘ Macam dulu. Kau maafkanlah aku Nita.’
Letih, letih aku layan dia begini.
‘ Nabi pun ampunkan umat,' ada senyum bertenggek di pinggir bibirnya.
‘ Aku bukan nabi,' senyum yang baru hendak terbit itu terus hilang. Mungkin niatnya untuk berlucu. Maaf, aku tak mahu layan.
Jelas sekali Azfar terperanjat.
‘ Ada apa-apa lagi? Aku nak balik. Sekejap lagi Spongebob Squarepants nak mula kat TV9.’
‘ Nita, janganlah macam ni-‘
‘ Kau ni tak habis-habis dengan perangai tamak kau kan? Kau memang takkan sedar apa yang kau ada sampai kau hilang bende tu kan? Aku bukan tak tau haritu kau mengorat junior kau. Aku tau sebab apa kau tak datang untuk birthday aku walaupun kau dah janji. Lepas tu kau tak dapat dia, kau nak datang balik kat aku? Aku kawan kau je, weih. Aku bukan bini kau jadi ingat, kepulangan kau aku takkan sambut with arms wide open.’
Aku seluk saku dan keluarkan not RM10. Aku sudah bersediia untuk aksi yang sungguh dramatik di mana aku akan meninggalkan dia terlopong di meja ini, bersama milo aisnya yang masih bersisa.
‘ Takde orang yang boleh jadi pemaaf sampai tahap tu sekali. Dan ingat, kau teruskanlah perangai kau macam ni. Aku ucapkan tahniah siap-siap sebab kau bakal terlepas apa sahaja yang berharga dalam hidup kau. Teruskan dengan sifat tamak kau ni.’
‘ Aku harap kau janganlah buat macam ni lagi, Azfar. Aku tau semalam, kelmarin dan hari sebelum tu kau ada datang kat sini. Get the message; aku tak nak kawan dengan kau, macam dulu.’
‘ Kenapa Nita?’
‘ Sebab takkan ada orang lain yang boleh jaga hati kita macam mana kita jaga hati kita sendiri. Kadang-kadang kita kena bertindak kejam untuk jaga hati kita sendiri.’
‘ Selamat tinggal. Kalau tak cukup duit ni untuk makanan aku, kau tambahkanlah.’
Aku bangun dan letakkan wang kertas itu di atas meja. Aku pandang wajahnya dan senyum sebelum aku berlalu pergi.
Ya, aku lega.
4 comments:
oh yes. tak ada orang boleh jaga hati kita macam kita jaga hati kita :)
ucu, have a nice trip & safe journey! jangan2 nakal2 nnti :D
mmg syud. kire mcm maaf ni bole hapuskan sume bende. kalo dah bunuh org, maaf tu bole buat org tak marah kite dah. as if
btw tengs. i akan try cari buang mlk utk u oke (chances are i tak kenal pon buah melaka tu ape. hee)
wow!
ucu nk gi cuti?
bestnye!
hhehehe..
sesekali kita kena bertindak kejam utk jaga hati kita sendiri..
i laikk!!!
sokong mamau n syud.hee~~
seronoknya cuti2..syud dah lepas..ucu sedang bercuti, kite bile lg mamau?
Post a Comment