Sunday, July 25, 2010

budak U

hari ini aku cuba untuk tak mengadap komputer sangat. mata letih dan selain itu, aku perlukan face-to-face human interaction. tapi sejak selepas maghrib, tercongok juga aku depan laptop mengadap kehidupan online aku pula. 

sepupu menaip twitter tak berhenti sambil membuat assignment (i assume). bagaimana dia menceritakan facebook telah menyebabkan dia distracted. 

secara tak sengaja, aku pun terlontar kembali ke zaman itu. zaman di mana mengadap laptop bukan nak buat kerja sangat. kejap-kejap, window YM! muncul. bercerita benda-benda yang tak penting. sambil  merungut kerja tak siap. sampailah ke garisan hujung, kami dapat siapkan juga. itupun dengan hikmat apatah. 

dengan seluar kotak-kotak, selipar jepun, lari sekeliling hostel untuk dapatkan penyelesaian assignment (atau esenmen). tak tido jugaklah satu malam nak siapkan beberapa soalan sebelum dihantar. itu blom lagi bersusah-payah shoot video untuk esenmen sekali kamera hilang. ini memang tak boleh lupalah. sorang kena bayar beberapa ratus sebulan nak setelkan kes itu. 

malam peperiksaan computer application, aku baru nak print nota. oke yang ini mmg boleh buat beginilah sebab subjeknya senang, carry marks pula cukup cantik. ini kejahilan zaman silam, kepada sepupu; pls jgn ikut. menyesal siot. kalo belajar betul-betul tak payah susah-payah bayar wang PTPTipu. 

itu belum masuk bab assignment programming. aku mmg tak reti programming. kalau suruh tulis tentang stereoscopic display, monitor, latest invention in multimedia, tadehal beb (memang sepatutnya amek something to do with writing dari dulu T__T). kalo tang programming, berbuih mulut kat situ. nak buat Hello World!' pun terkial-kial. maka, memang sangat berusaha untuk mendapatkan carry marks yang tidak menyeksakan sangat. 

sebelum aku tukar kos, memang senak nak lulus. tapi alhamdulillah, lepas tukar kos, rasanya dah tak fail kecuali satu paper lepas accident. masa tu baru aku rasa nikmatnya belajar, besnye kalau tau jawapan tutorial. masa tu baru berusaha lebih sikit, outcome pun lebih sikit. tapi dean's list tu masih jauh juga. 

lepas tukar majoring tu la aku susun sendiri jadual belajar. i mean, aku tak ikut sangat apa yang ada dlm guide. subjek susah aku pairkan dengan yang mudah untuk kasi seimbang. macam kelakar la kan kalau nak ambik eletronics 3, electromagnetics, engineering maths dgn microprocessor. semua pun subjek susah-susah. memanglah ada orang bole bawak tapi bukan semua orang. lps tu berapa ramai pulak yang kene repeat. 

bila dikenang-kenangkan balik, memang kelakar. masa belajar, apa je yang nak difikir? bil telefon mungkinlah tapi itupun bole buat-buat lawak nak minta dari famili. tak payah bayar bil letrik, travel jauh-jauh termasuk bawah ketiak orang semua cih. masa tu dok fikir nak siapkan esenmen tapi malas, nak study tapi sebenarnya nak dating, nak pegi beli buku nota lps tu nak usha mamat hensem mana tah tak tau nama pun (ini semua contoh yang diambil daripada keadaan sekeliling, tidak terbatas pada diri penulis semata-mata). 

sekarang? 'adults are defined by bills'. lebih daripada separuh gaji boleh terkorban untuk bil sahaja kalau tak hati-hati. 

kepada sepupu, toksahla malas-malas sangat. pensyarah ni pun manusia juga. kalau kau rajin buat esenmen die dengan sedikit usaha (sehingga esenmen tu jadi hasil kerja tangan, bukan hasil cakar kaki), dia akan ingat kat kau dan hati dia lega nak tanda kertas. tak payah bodek lebih-lebih, siapkan esenmen dengan elok, cuba siapkan tutorial, insyaAllah dia akan ingat kau. dan mood lecturer yang baik ketika menanda kertas adalah penting. kalau tak, sila bersiap-sedia dengan tisu untuk menangis sebab mengulang. 

ouh oke maaf sepupu. terbeleter pula. 

ah monday. here comes the monday blues. 

No comments: