Wednesday, July 14, 2010

tidak tersangkakan

serius, memang menjejakkan kaki ke perhentian berbekalkan perasaan yang sedikit jengkel kerana terpaksa duduk di dalam bas selama sembilan jam. ada yang kata 'alah malam. boleh tidur'. itu kalau boleh tidur, kalau tak boleh, macam mana? 

tapi hati terus jatuh sayang pada perhentian sebaik sahaja kaki menjejak pantai (bukan pantai dalam). dan sampai hari ini, sudah tiga hari..btullah cakap syuhada...

cintaku tertinggal di perhentian

hep. jangan ada spekulasi. 

entahlah. rasa tenang sangat tempat tu. ada kawan tanya, kenapa tak redang? sebab redang sudah jadi tempat tumpuan semua pelancong. hilang daya tarikannya. 

sudahlah baru-baru ini selalu sangat rasa tertekan. doktor pun suruh berehat. bila dah sampai sana, mestilah lagi seronok jadinya. tak perlu hotel 5 bintang, kalau ada rumah papan dengan kipas angin lama pun dah lebih dari cukup. petang-petang berebut hammock di pokok. malam pula pakat curi tikar entah siapa, pandang bintang di langit. 

subhanallah, besarnya keagungan Tuhan. 

rasa nak duduk sana. sungguh, tak tipu. sedang merangka pelan macam mana nak jadi penduduk sana. sungguh, tak tipu. malah sekarang sudahpun ada teman untuk melawat perhentian tahun depan, lepas musim tengkujuh. 

setiap kali teringat perhentian, denyut jantung jadi tenang. tak pernah jadi macam ni. 

lps tu tulis blog pun dah jadi macam orang lain T__T

7 comments:

Bento-Hide said...

tak sangka ada juga orang yang mahu mengenang perhentian bas sampai jantung berdenyut-denyut. sungguhnya, perhentian bas pasti sangat terharu apabila membaca confession ini.. :P

nora ashikin said...

best sangat ke? belum pernah pergi lagi *apa aje lah yang da pergi*. gambar mana gambar? haha

Unknown said...

ben: haha dang
ckin: ha ni la nnt try upload mlm ni kalo connection tak mcm kentut

s.c.h.u.l.t said...

ucu, duduk tepi pantai. dengan bayu laut dan hamparan bintang yang lebih dari satu juta adalah sumpah mengasyikkan! ;)

Unknown said...

syud: jadi sumpah kita kene simpan duit sekarang!

Aina Rieqa said...

kamoo sgt kelakar...
ucu, i disini..
singgah ur blog..
n now,im ur follower..

Unknown said...

ceqzue: eh helo! ouh haha kenapa rasa mcm tak buat lawak pon :D. time kaseh la sudi baca blog ini