Monday, July 19, 2010

hikmat air tawar


springwater
Originally uploaded by uculer
gambar ini bukan menunjukkan pendaratan PATI-PATI ke malaysia mahupun perkumpulan penjual pati semalaya. ini merupakan gambar yang diambil semasa orang-orang bukan dari perhentian dihantar mandi ke tempat air tawar ini. aktiviti dimandikan dengan air bukit ini mmg telah termasuk dalam jadual pelencongan (intended) maka kami nak tak nak, mestilah mandi di sini.

mesti itu nampak sangat tipu. kami tidak diugut langsung utk dicampakkan ke shark point jika tidak mandi di sini. kami saja gatal-gatal pergi.

apapun, air dia sejuk dan tak pernah berhenti. maklumlah, air bukit. dan beliau juga berkata:
'siapa-siapa yang tak kahwin lagi, kalau mandi kat sini, dapatlah jodoh'

bidaah sungguh. bajet kami mudah tertipu la tu. ces. oke sebenarnya tau dia melawak je.

cerita ini telah diceritakan kepada seorang rakan bernama wan yang comel. saya telah melawat dia di rumahnya dan di sana terdapat dua anak buah beliau yang comel-comel. saya telah memegang anak buahnya yang besar sedikit bernama afif. nasib baik dah 5 bulan, kalau kurang, mesti cuak.

dan seperti episod-episod sebelum ini, mesti akan dimuntahkan bayi. first time jumpa imran begitu. addin pun begitu. jemima sahaja tidak. beginilah nasib, selalu dimuntahkan bayi.

kawan saya cakap: efek muntah bayi tu macam mandi kat air bukit tu la.

cis. nasib baik anda tidak sihat. kalau tidak, mmg sudah kene debik.

3 comments:

s.c.h.u.l.t said...

yes. saya pon rasa yang sama (pasal muntah dan air tawar tu)

mehla sini debik. agagaga

Aina Rieqa said...

hahaahahahahahah..
sgt kecian pd kamuu....

Unknown said...

syud: kamu mmg cari pasal neh grr grrr
cz aina: itulah. sudah nasib begini. nnt jumpe anak buah kene muntah lagi