Pagi. Tetapi bukan awal pagi. Selalu naik Putra tetapi hari ini komuter kerana perlu ke sogo. Mahu turun di stesen Bank Negara.
Kalau ke luar rumah, mesti bersiap elok-elok. Baju mesti kemas, kasut mesti tidak comot. Tidak perlulah wangi semerbak tetapi tidak boleh bacin.
Biasalah. Bersiap untuk jalan-jalan dan juga cuci mata tengok gadis-gadis di kota.
Muda lagi, kacak bergaya. Jadi mesti tunjuk macho berdiri di dalam tren walaupun sebenarnya mahu duduk kerana kaki sakit, kasut terlalu kecil. Tetapi tahankan kerana ada seorang gadis comel sedang berdiri juga, comel orangnya.
Maka berdirilah. Perjalanan tersenggut-senggut. Perasan juga ada beberapa orang penumpang tak lepas-lepas memandang. Ah biasalah. Bukan senang jadi orang tampan, banyak mata yang memandang.
Kecuali gadis comel itu. Cis.
Tanpa bahan bacaan, pasti mengelamun sendiri. Sedar-sedar sudah sampai di Bank Negara. Sebelum turun, mesti perhatikan gadis tadi. Buat bekal pengubat rindu. Eh, ke mana pula?
' Saudara..' si gafis tadi menyapa, entah bila dia berdiri di sebelah. Wah, dia tegur. Ini sudah bagus!
' Ye?' kolar baju dibetulkan.
Gadis itu tersipu. Ah tak usah malu. Marilah berkenalan.
' Zip seluar awak. Terbuka.' Dan si dia terus berlalu.
Bertuah.
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment