' kau kenapa?'
tahun 2006, rumah sewa.
' apa?' aku hanya pandang tepat pada kotak TV. nama pun penuntut tahun akhir yang cuma ada beberapa subjek. 2 subjek engineering, yang lainnya media. sudah pasti aku banyak masa senggang. disebabkan itu, selalu sangat aku berkalih daripada TV ke komputer. menghadap dua objek yang berbentuk empat segi.
' senyap je.'
aneh perempuan ini. bukankah aku sedang menonton TV. mengapa mesti berbual?
lagipun, kadang-kadang kalau aku sudah tiada topik mahu diutarakan tetapi paksa juga bercakap, yang keluar dari mulut aku itu memang perkara yang entah apa-apa. jadi, aku diam sahaja.
' maybe a little bit eccentric?'
seseorang pernah bertanyakan soalan begitu, yang mana aku sendiri tak pasti samada aku perlu menjawabnya atau tidak.
tetapi sejujurnya, aku tidak pernah mahu dilihat berperangai pelik. aku hanya diri aku.
aku percaya yang kita kadang-kadang terlalu banyak berbicara dan kita terlalu fokus yang ruang peribadi hanya terhad kepada ruang fizikal. bagi aku, kita juga boleh menceroboh ruang perbadi seseorang hanya dengan kata-kata kita.
aku akan bertemu dengan dia setiap hari (dia itu siapa-siapa sahaja yang aku jumpa hari-hari). kadang-kadang aku juga sudah tidak punya topik untuk diutarakan. salahkah kalau aku diam? melayan dan memerhati keadaan sekeliling.
tidak salah bukan?
No comments:
Post a Comment