lama sebenarnya aku di sini. lama sangat sampai nak tukar setting pun dah tak tau. bukan tak tau, macam tak boleh. aku pun malas nak godek sebenarnya sebab nanti terbengkalai sampai 30 minit semata-mata nak letak design sahaja. itulah, terbuai dek angan-angan.
angan-angan itu sama ke tidak dengan wish? tiba-tiba terfikir dan nak memadankan muka sendiri. padan muka kerana selalu sangat wish atau mintak yang bukan-bukan. sekarang dah dapat sila diam. jangan merungut dan banyak cakap.
contoh macam kita minta sebuah tumbler berwarna biru yang diperbuat dari keluli. minta hari-hari, sebut banyak-banyak kali. kemudian satu hari, jalan-jalan di pusat membeli-belah, nampak tumbler idaman hati. terus beli.
bila sampai rumah, belek tumbler tak henti-henti. bila isi air, baru perasan tumbler itu berat sebenarnya (sila ketepikan logik akal di sini). kalau mahu minum, mesti pegang dengan hati-hati.
ha macam itulah.
sekarang, sila diam dan buat kerja. dah dapat apa yang diimpikan kan? ha sila bersyukur, kata penulis pada diri sendiri.
p/s: semalam terjaga lebih dari lima kali. bukannya mahu ke tandas pun, sibuk tengok telefon bimbit.
p/s: semalam terjaga lebih dari lima kali. bukannya mahu ke tandas pun, sibuk tengok telefon bimbit.
No comments:
Post a Comment