Kau dah bercinta bagai nak rak dengan kekasih hati, berjanji akan taat setia seperti Shah Jahan kepada Mumtaz. Sekali, balik bermalam (contoh ini cinta di universitilah), kekasih kau minta putus sebab dia rasa baju bundle yang kau pakai, takde class.
Dalam emosi, kau kata: Kau kejam. Sanggup kau mungkiri sumpah janji setia kita?
Kekasih kau dengan muka selamba jawab, ' Aku tak bersalah kerana aku tak pernah setia pada kau.'
Ouch!
Mulalah tangan kau ringan nak telefon bomoh untuk santau bekas kekasih kau.
Pengajaran: usah janji akan sesuatu yang tak pasti. Entah-entah, esok pagi aku bangkit, terus aku terlupakan kehidupan siber aku. Habis semua password email, facebook, kapasitor semua aku lupa. Eh macam jauh tersasar tu haha.
Sent from my iPad
Wednesday, February 09, 2011
Ouch
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment