Supply and demand. Aku dulu masa kelas basic economy, aku suka datang sbb boleh lukis-lukis graf turun naik. Ala-ala jongkang-jongket gitu. Gian, maklum membesar sbg budak sorang ada kat rumah. Nak ajak member pegi main jongkang-jongket susah.
Ada demand, adalah supply. Takde demand, takdelah supply. Tade org nak tengok AF tak berfaedah tu, akan rugilah syarikat komunikasi. Kan senang tu?
Samalah juga dengan MLM. Kau ada barang, kau mesti bikin hype nak create demand. Katalah sekarang kau pegi UTM, ada 500 orang budak satu blok. Kau sign up 250 orang utk beli gelang tungsten dan budak-budak ni mesti cari 2 downline. Nampak tak permainan nombor di situ? Aku bukan suruh buat engineering maths ke statistics ke apa ni. Ni maths biasa. Nampak tak jumlah bakal pengguna gelang tungsten itu sudah negatif?
Itu je sbb dia kita tak payah masuk MLM ni. Orang bodoh je yg meniaga nak rugi. Tapi lainlah kita jadi pengasas MLM. Ha itu mmg untung byk tu. Aku sarankan sesapa nak buat MLM, boleh jual barang berasaskan keyboard, mouse, wristrest. Minyak, minyak wangi semua ni dah cliche.
Macam mana? Aih kalau dah kaki MLM mestilah otak pembelit kan? I leave it to you people la.
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment