aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sesiapa yang baca tulisan aku di sini. tulisan cacamerba yang entah apa-apa. terima kasih kerana sudi membaca.
mahu ramai pembaca? bukan susah sgt. telanjangkan semua kehidupan kamu di sini. jangan simpan satu pun cerita. manusia memang suka menyibuk atau dalam masa yang kita lebih suka gunakan, mengambil berat.
tidak, aku tidak marah kau ambil berat. terima kasih.
tak cukup kalau kau sekadar telanjangkan rahsia kau di sini. coretkan lagi tentang benda-benda peribadi kau di sini, untuk tontonan semua yang mengakses internet. ramailah 'moral police' yang datang beri ceramah.
ceritakan tentang catfight, tentang fling kamu di luar bar (dan disergah moral police). jadikan laman kamu sebagai diari peribadi.
aku dah kata, kita semua senang sangat dibuai emosi bila membaca sesuatu di laman-laman blog. bila terbaca sesuatu yang sensasi, mulalah gelabah.
tapi kau lupa, kau tidak kenal dia. kalau dia yang muslim kata dia suka anjing, itu tidak bermaksud dia pegang atau bela anjing. kalaupun dia pegang, kau rasa dia bangang sangat ke sampai tak tahu hukum perlu samak kalau anjing dan dia sendiri bersentuhan dalam keadaan yang basah.
admit it, mempercayai anjing utk jaga rumah sudah jadi lebih selamat berbanding mengharapkan manusia.
tidak, aku tidak bela anjing. aku cukup senang dengan anak kucing yang comel-comel. which reminds me, aku belum buli kucing lagi hari ini.
1 comment:
setuju ucu! ;)
ah, buli kucing elok2. jangan kena cakar :D
Post a Comment