sambungan cuti-cuti sabah: dengan sediki-sebanyak gambar (kredit to NS. dia pesan jangan songlap)
konsep gerai-gerai di sini adalah seperti pasar malam. betul-betul di depan hotel bajet kami (A&J Budget Hotel) maka sangatlah mudah untuk makan. nasib baik tingkat tiga kalau tidak mahu makin 'sihat' bila balik kampung halaman.
di sini ada hampir semuanya; nasi ayam, murtabak, air laici, kulit kerang...ah memang mudahlah makanan untuk edisi cuti-cuti sabah kali ini. oke yang ini gambar saya sedang beli murtabak rasanya.
dalam perjalanan ke kota kinabalu. saya ada nombor telefon incik ramli ini. tinggalkan komen kalau anda mahu nombor dia.
eh kejap check ade lagi ke nombor dia, oke ade. kalau mahu, boleh komen ye.
pekan nabalu. pekan ini kecil tetapi sgt damai. ini pemandangan jam 10 pagi. perjalanan dari KK ke Gunung Kinabalu ambil masa lebih kurang 2 jam.
tempat ini sejuk, seronok sgt. banyak nenas di sini dan sgt cantik ambil gambar gunung dr sini. perhatikan gambar di bawah.
*air liur meleleh di papan kekunci mengenangkan pemandangan yang indah ini. rasa mahu packing back dan sambung cuti-cuti sabah sekali lagi.
boleh juga ambil gambar di sini. semput tau panjat tower ni.
ambil secara berjemaah begini pun boleh.
inilah poring yang dikatakan tersebut. ini dah habis bab kene panjat bukit belakang tu. memang minta nyawa.
nampak lawa semacam sebab photo editinglah. tak mahu tipu anda.
rafflesia buka pada hari kami sampai tapi Rm 20 sekali tgk T__T. 18 bulan lagi baru terbuka.
kundasang war memorial. di tepi-tepi dinding terdapat nama-nama askar yang terkorban.
alihbahasa: the plaques on the sides bear the name of soldiers who died during the death march Sandakan-Kota Kinabalu.
lain sungguh alihbahasanya but i'm doing it as a gesture for Australian soldiers who died during the era as well as locals (I believe they play a huge part during these times). and of course, British soldiers.
The oldest soldier (based on the plaques) was a gentleman aged 56 (plus minus). I know that none of the soldiers are from my family but can you imagine walking in the rain for 30 days, at the threat of bayonet? It was cold at these places now but I imagine when the Death March took place, it must be freezing. At least i have sweater ouh dear, the tears are coming. must stop.
ini di pulau sapi. kalau nak pergi snorkelling, sapi paling oke (antara mamutik, manukan dan sapi) TETAPI tidaklah sehebat terengganu. air tidak jernih, ikan pun tidak nampak. anemone tak nampak, itu boleh cari di Green Connection KK.
ini gambar semasa kami stranded di sapi selama sejam. boleh ke dia terlupa ambil tapi takpelah boleh buat-buat lawak amek gambar kat sini.
ye, sekian dulu. penceritaan bergambar lebih senang rupanya.
No comments:
Post a Comment