Tidur tak cukup:
Masuk farmasi, beli koyok. Pinggang masih belum berapa betul. Sekarang pun menaip sambil berbaring atas katil. Mujur boleh menaip begini.
Keluar kedai, terasa terlebih baik maka tersenyum meleret pada perempuan berkot putih, bersanggul kemas berdiri di depan Guardian. Perempuan itu sudah sedia tersenyum pun.
Dem. Life-sized woman letak depan farmasi rupanya.
Sugar high:
Masuk lif. Selalunya masuk lif, orang tak mahu sambung borak. Tapi dalam surau takpe, peduli apa dgn org yg sedang solat.
Makan aiskrim. Aku kalau makan aiskrim, akan jadi sugar high. Maka, sambung cakap tak berhenti.
Aku: yesterday, my friend accompanied me to buy these shoes (tunjuk kasut navy blue di kaki, pengganti wedges yang mungkin 2 inci tingginya. Yang ini rendah)
Kawan tersenyum. Lelaki kulit putih berdiri di depan aku juga tersenyum. Eleh, macam aku tak nampak. Aku sambung cakap:
Aku: she also bought shoes for herself. We are so bad for each other.
Teman aku, seorang lelaki dan lelaki kulit putih di depan aku tertawa.
Aku: women and shoes, it's an addiction.
Mereka berdua tertawa. Aku suap aiskrim ke dalam mulut. Dan aku bertanya lelaki kulit putih itu: Right?
Dia jawab: yeah. Totally. And so is ice-cream.
Kadang-kadang, aku memang peramah tak tentu hala. Dan aku sebenarnya selalu nampak lelaki kulit putih itu di tingkat 14, berlainan tingkat. Sepatutnya aku lebih mesra dengan jiran-jiran.
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment