random
satu
tahun lepas, aku selalu lihat budak sekolah menengah menggalas beg, naik bas jam 7.45 pagi. setahu aku, sekolah yang dekat dengan rumah aku ini, hanya satu sesi dan pintu pagar akan tutup jam 7.20 pagi. aku tahu bukan hanya sebab aku bersekolah di situ tetapi kerana sepupu aku yang paling kecil (dalam rumah ini) bersekolah di situ.
fikir baik: mungkin aku silap pandang lencana sekolah mereka. mereka sekolah jauh dari sini dan bertolak awal untuk mengulangkaji.
dua
ada dua tiga orang budak lelaki yang belum pecah suara naik bas. berbual kuat-kuat macam tak ingat orang sekeliling. yang seorang mengaku dengan jujur dia tidak mahu ke sekolah. katanya, mahu lepak dengan awek.
fikir baik: mungkin dia buat lawak sahaja nak ponteng sekolah. dia nak jumpa awek dia sebab nak hangout di mekdi untuk belajar.
yang seorang lagi buat lawak bersifat perkauman.
fikir baik: mungkin dia sedang berlatih pantomin. kalau dia berjaya buat penumpangh marah, itu tandanya lakonannya menjadi.
tiga
aku pulang awal. cuti setengah hari, mahu tonton wayang. aku tunggu di stesen bangsar, tunggu bas mahu ke midvalley. aku malas hendak naik komuter.
datang dua orang budak, berbaju sekolah, badannya kecil sahaja. dia terus terpa seorang lelaki yang berdiri tidak jauh daripada aku, rupanya tidak macam orang malaysia, lalu minta rokok. lelaki india atau bangladesh itu minta maaf, kata tiada.
elok aku tengok bahasa lelaki itu.
budak-budak lelaki itu biarkan lelaki itu, buat tak tahu. aku fikir, cerita itu habis di situ.
tiba-tiba, penutup bakul sampah melayang, kena pada kaki lelaki berbangsa india yang berdiri di sebelah aku. budak lelaki berbaju sekolah tadi yang punya angkara. lelaki berbangsa india itu diam sahaja. aku sendiri tergamam. kalau aku jerit, senang sahaja budak-budak itu bantai aku; mereka semua sama tinggi dengan aku.
seorang lelaki warga tempatan mengangkat penutup bakul sampah yang jatuh di tengah jalan. aku faham kenapa lelaki berbangsa india itu tidak mengangkat penutup tersebut. kalau dia tunduk, entah apalah yang budak-budak itu akan lakukan pada dia.
bila bas datang, lelaki berbangsa india itu cepat-cepat naik bas. budak-budak hingusan tadi buat-buat kejar dia.
fikir baik: mereka kawan. mereka bergurau kasar.
No comments:
Post a Comment