Hari ini aku berjalan dari Klang ke KL Sentral. Syukur aku dapat duduk di koc untuk wanita, abaikan beberapa orang lelaki yang masuk ke dalam koc tersebut. Mungkin mereka terlalu letih untuk berlari ke koc sebelah-menyebelah.
Dari Klang, kebanyakan penumpang adalah keluarga dengan anak-anak mereka. Tetapi aku tak begitu pasti berapa ramai kerana bapa-bapa segan masuk ke koc wanita. Jadi, memang luas dan lapang koc tersebut. Nasib aku memang baik hari ini.
Tidak lama selepas itu, ada beberapa orang budak perempuan menaiki tren. Kulit sawo matang, bangsanya aku tidak tahu. Aku enggan pandang muka mereka lama-lama, takut digelar stalker. Aku hanya online stalker. Tolong jangan salah faham.
Malaysia ini panas, aku faham. Kerana itu memakai baju diperbuat daripada kain kapas adalah penting, ini bagi akulah. Untuk kedua-dua budak muda ini (yang nyata masih belum cecah 22 tahun. Bila sampai satu tahap, kau akan dapat agak siapa lagi muda, siapa yang tua melalui gerak tubuh), mereka memilih skirt pendek dan seluar pendek.
Memang fitrah seorang perempuan adalah untuk berhias. Ramai yang berhias dengan menambahkan lagi keistimewaan mereka. Yang mempunyai tulang pipi yang tinggi, pasti mahu menyerlahkan tulang pipi mereka. Yang bermata cantik, akan memberikan solekan yang lebih pada bahagian mata. Jadi, yang aku tidak faham sekarang, mengapa budak-budak ini mempamerkan kesan kudis dan parut yang entah daripada apa pada kaki dan lutut mereka? Adakah mereka beranggapan parut itu adalah aset.
Somebody please enlighten me.
Sampai di KL Sentral, si gadis berbaju putih (atau sebenarnya camisole untuk dipakai ke sekolah) memaut tangan rakannya yang berbaju hitam. Di sebelah mereka seorang lelaki berpangkat bapa yang sedang bermain mata dengan mereka.
Fikir baik: pakcik itu akan bawa mereka makan lantas membantu mereka memajukan diri dalam pelajaran. Mungkin dia hanya ingin menasihatkan mereka berdua.
Kalau ada yang fetish dengan parut di kaki, maafkan aku.
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment