Thursday, March 10, 2011

ini cerita sepupu saya. beliau juga seperti saya; anak tengah daripada tiga adik beradik dan juga satu-satunya perempuan.

waktu kecil-kecil dahulu, beliau cengeng orangnya. pantang kena buli sedikit, menangis. waktu kecil dahulu, beliau suka pakai skirt. oke mungkin bukan suka tetapi terpaksa. kini, beliau sedikit tomboyish.

gelang? apa? rantai? apa? takpe beb, emas kita buat pelaburan, bukan barang kemas. itu adalah cool.

disebabkan  beliau satu-satunya anak perempuan, dibuli itu mesti. character building tahu? maka sewaktu kecil, memang boleh tahan jugalah penderaan yang dilakukan ke atas dia. bukan hanya adik-beradik beliau, malah sepupu-sepupu yang lain.

saya masih ingat lagi, waktu itu beliau masih kecil. ketika itu, ruang tamu kami masih lagi satu (sekarang dua). saya, adik-beradik saya serta emak dan makcik kami sedang menonton drama swasta melayu. beliau pula sedang duduk di tepi, samada membaca buku atau menonton tv sama, saya kurang pasti.

tiba-tiba, telefon berbunyi (telefon kami letakkan di tepi tv). beliau berlari ke arah telefon sambil menjerit 'kita punya! kita punya!'. bila sahaja dia mengangkat gagang, terdengar:
' Hello' daripada peti tv. tanpa membuang masa, kami adik-beradik (tidak termasuk adik-beradik beliau), telah mentertawakan beliau tanpa kompromi. beliau meletakkan telefon, berlari dengan air mata berjuraian di pipi keluar rumah.

character building, oke? kalau kami tak buat begitu, kamu tidak akan segagah ini sepupu.

bila adik beliau sudah besar sedikit, ada satu episod yang saya kira memang lucu tapi mesti sepupu saya yang perempuan ini cukup hangin kalau ingat-ingatkan (saya kurang ingat umur sepupu saya yang perempuan ini waktu itu, mungkin darjah 6). adik-beradik beliau memanggil beliau:
SITI SATE. waktu ini, lagu cinta sakti mmg begitu popular. begitu juga cinta sate dari senario. setiap kali dipanggil dengan panggilan itu, mesti dia menangis. kerana saya seorang oportunis, pastilah saya turut serta. jangan lepaskan peluang untuk bergembira walaupun sekali.

semasa beliau di tingkatan 4, emak beliau menyuruh saya nasihatkan beliau kerana beliau menangis mengatakan Matematik Tambahan itu susah. nak balik rumah, tak mahu belajar di teknik KL.

aku dulu boleh kira sebelah tangan berapa kali lulus Matematik Tambahan. apa nangis? makan nasi lagi best.

dan beliau yang sejak azali mmg bijak, berjaya mengatasi masalah Matematik Tambahan yang membawa mimpi buruk kepada ramai orang.

kini, beliau sudah dewasa. beliau sedang belajar di UTM dalam bidang yang ada la sikit-sikit bau bacang dengan apa yg saya belajar dulu (tetapi terang-terangan sepupu saya lebih hebat daripada saya. itu sudah pasti).

beliau sudah ada mata air (tak perlu nafikan) dan kamu sudah upgrade usikan kami kepada 'bila nak kahwin?'. beliau hangin tapi tak boleh nak buat apa. itu gurau sesama keluarga.

dah besar rupanya kau ni catthmd. happy belated birthday :)

No comments: