Sunday, March 20, 2011

Tentang pinggang dan perselisihan faham

Tentang pinggang dan perselisihan faham

Pinggang aku sedang diperbaiki. Maksud aku, aku biarkan dia memperbaiki keadaannya sendiri. Setakat ini, nampak mcm semakin oke. Syukur.

Aku tidak tahu berapa ramai yang mengalami perkara ini tetapi dalam apa-apa perhubungan, aku merasakan perselisihan faham itu penting. Bukanlah bergaduh berperang bagai nak rak tetapi cukup untuk mengenali diri sendiri, bagaimana kau akan memberikan reaksi dalam sesuatu hal. Bila aku ckp tentang perhubungan, bukanlah terhad kepada sepasang kekasih (come on, life is much more than). Ia tentang perhhubungan dengan ibubapa, sepupu, malah kawan-kawan (sekadar memetik beberapa jenis). Ia penting sebenarnya. Jika pergaduhan itu boleh dileraikan, ia memberikan tanda yang bagus. Dileraikan tidak bermaksud ia akan kembali kepada keadaan asal.

Keadaan asal; ini merupakan suatu keadaan yang rumit. Contohnya, kau berselisih faham dgn seseorang yang bermulut longkang. Adakah kau pasti selepas semuanya jadi baik, kau ingin semuanya kembali kepada keadaan asal?

Aku cuma terfikir topik ini bila seseorang tweet apa yang penting di dalam sebuah perhubungan. Ini yang paling penting sebenarnya.

P/S: I wonder if it is too much to ask to get a morning wish? Maybe it is. Nevermind.


Sent from my iPad

No comments: