macam inilah; kau nak buat apa pun di laman sosial, buatlah. misal kata, kau nak update status kau panjang-panjang sampai jadi karangan English 1119 dekat Facebook. kau buatlah kalau kau rasa itu akan menceriakan kau. atau paling tidak, bawa satu sinar dalam kehidupan kau yang mungkin sudah sangat terang, atau gelap. kau pilih ikut suka.
tetapi, sejak bila pula kau perlu terangkan semua benda yang kau nak buat pada semua orang? kau tak perlu jelaskan kenapa kau perlu update status hingga 300 aksara. aku tak nampak sebab yang penting pun kau nak bercerita panjang-panjang.
sejak bila kita mesti jelaskan pada semua orang apa kita buat? SEMUA ORANG.
kau tahu, tak semua orang berminat nak tahu kita mahu tulis nama kita dalam rumi atau jawi hari ini melainkan kita selebriti. kau sendal saja apa yang kau nak di laman sosial kerana sebenarnya, orang tak berapa nak peduli. ramai yang cuma mahu kepochi, belakang gelakkan kau kuat-kuat.
yang kau tulis hari-hari berapa kali kena cucuk pinggang dengan teman lelaki, itu cuma beri bahan kasi orang mengata. mengata mungkin hanya bermaksud berkata-kata, mungkin mengeji. siapa tahu.
on another note;
cerita yang jauh lebih kelakar daripada jenaka ulangan maharaja lawak. bila sudah jatuh terhempap muka, mula pusing keliling ubah fokus jadikan diri sendiri sebagai mangsa. benang yang dah lencun, kalau boleh kau nak ikat kat besi kasi tegak.
aku dah rasa macam radio rosak. yang sudah tu, sudahlah. apa nak kelam-kabut sangat? aku paling malas nak layan emosi meleret-leret. letih tahu? pernah rasa tak bila sedih, kau rasa nak campak sedih kau jauh-jauh sebab penat? ha macam itulah.
tapi kadang-kala, cakap dengan orang ni macam cakap dengan dinding. kau dengar bunyi selepas kau habis cakap. ingatkan suara dia tapi rupanya cuma gema.
MEMBAZIR.
No comments:
Post a Comment