Monday, June 27, 2011

Perihal Telefon Pejabat

kerja aku sekarang tidak memerlukan aku bergayut di telefom. alhamdulillah. cukuplah lima bulan aku bergayut di telefon sepanjang hari. it can last me a lifetime.

dan disebabkan itu, telefon di atas meja aku cuma jadi gajah putih. kalau ada apa-apa. aku lebih suka berjalan untuk ke meja rakan. senang; dapat mengelakkan salah faham juga.

dan disebabkan itu, sudah dua tahun (tahun pertama meja aku tak ada telefon) tetapi aku tidak pernah pandai guna telefon. manual untuk guna telefon pejabat masih bersih dan tidak berusik di dalam tray. apatah lagi telefon aku cuma berbunyi paling banyak, tiga kali setahun. tahun ini sudah berbunyi tiga kali. mungkin tahun ini akan pecah rekod.

baru-baru ini, aku training kembali. dan aku perlu jumpa bos untuk set masa berbincang. dia suruh aku interkom (arahan minggu lepas) bila aku dah siap.

petang tadi, dah siap semua kerja, aku pun berniat nak beritahu dia aku sudah sedia. sedia nak berbincang. aku capai manual dan mula menelaah. 30 saat aku cari extension dia. akhirnya, aku jalan pergi bilik dia. masa diambil untuk jalan ke tempat dia lebih kurang sama dengan masa yang aku perlukan untuk hafal manual.

itu baru nak buat panggilan. sila bayangkan kalau kena pass call. aku rasa terus call-drop dibuatnya T__T.

No comments: