Sunday, June 26, 2011

Perihal Carian Skirt Pendek

Dah beberapa lama juga aku perhatikan kata carian yang masuk ke dalam blog ini. Kelakar pun ada juga kadang-kadang.

Aku menjangkakan satu entri tentang Rozita Che Wan itu yang akan jadi paling popular tetapi tidak. Entri tentang skirt pendek yang dapat perhatian.

Tetapi kenapa skirt pendek? Baju perempuan kan banyak variasi? Cardigan, empire waist blouse, turtleneck jumper, A-line skirt. Kan semua ini boleh dicari?

Oke maafkan aku terlupa. V-neck shirt, kain batik, pario, halter neck. Baju kebaya, kebaya singkat, baju kurung pahang, baju kurung moden, baju melayu cekak musang. Eh silap.

Tak pun skarf, tudung bawal, tudung Wardina, tudung Yuna, tudung Hana Tajima, Tudung Siti Nurhaliza eh dah macam novel Cekik pulak aku rasa. Tudung Arzu pun boleh jugak.

Tak baik tau. Banyak lagi pakaian perempuan yang boleh dicari. Takkanlah skirt pendek je. Memilih betul. Sungguh tak adil.

No comments: