Sunday, June 05, 2011

Perihal Billu

Kadang-kadang kita buat silap dan terleka. Macam akulah; selalunya aku memang tak tengok cerita Hindustan. Memang hampir-hampir anti (kecuali cerita seperti Kuch Kuch Hota Hai ha ha).

Ya, cerita Hindustan juga adalah guilty pleasure seperti lagu-lagu Britney Spears. Haha (tutup muka).

Panjang betul mukadimah. Pendek kata, aku 'ter'menonton cerita Billu. Sekalipun aku terlewat sejam, aku tengok sampai habis.

Sebab kenapa aku tak tonton cerita Hindustan adalah kerana balik-balik cerita cinta yang cliche. Yang acuannya sama dari KKHH. Ya, aku memang berat sebelah. Haha.

Tetapi tidak dalam cerita ini. Billu merupakan seorang penggunting rambut yang miskin di daerah manatah aku tak taulah. Anak-anaknya telah bercerita dengan orang kampung bahawa Billu merupakan kawan kepada Shahir Khan (Shah Rukh Khan), seorang pelakon. Pada masa tersebut, SRK membuat penggambaran di kampung Billu.

Daripada seorang penggunting rambut yang miskin, Billu tiba-tiba menjadi terkenal di dalam kampung. Orang-orang yang memberi hutang kepada Billu semuanya 'menghalalkan' hutang hingga membelikan kerusi gunting rambut yang mahal, krim dan bedak. Bukan sebab apa, mahu Billu mempertemukan mereka dengan SRK.

Masalah sampai bila Billu tidak dapat membawa SRK kepada penduduk kampung dan dia kembali dipulaukan. Daripada mendapat sanjungan dan makanan daripada penduduk kampung, dia kembali dipulau. Hinggalah pada suatu hari, jawatankuasa sekolah telah bertemu dengan SRK dan SRK telah bersetuju untuk datang ke sekolah.

Di sekolah, SRK telah bercerita tentang Billu, rakan yang membantu dia semasa kecil. Billu yang menjualkan sebelah subang untuk menampung perbelanjaan SRK ke Mumbai.

Seperti biasa, perlu ke aku cerita sampai habis apa jadi?

Ceritanya ada moral tetapi yang paling mencuit hati adalah tentang ketaksuban masyarakat terhadap artis. Sanggup berbalah, sanggup menggantung gambar seolah memuja potret artis. Wow. Aku ingatkan melayu tulen sahaja yang taksub dengan artis/ pelakon. Rupanya, ada juga berlaku di tempat lain.

Hanya kerana seorang artis, ada yang berbalah, masuk penjara, menghabiskan duit. Bukan lain sangat daripada situasi di sini. Hanya kerana seorang artis, sanggup bergaduh, adakan page khas dalam Facebook. Aku tertanya-tanya, apakah faedah mereka buat begini? Puas hati? Baik aku terima. Tapi apa yang boleh lahir daripada puas hati?

Ini orang-orang yang takde kerja. Yang kerjanya jadi batu depan komputer dan geledah bahan-bahan yang memalukan orang di dalam Internet dan membesarkannya sebanyak 50kali ganda. Seronok sangat buka aib orang besar-besar, lagi-lagi melayu tulen.

Eh jauh tersasar. Pendek kata, aku suka Billu. Aku syorkan korang tengok. Tapi takde dekat movie, itu hari aku tengok dekat TV3.


Sent from my iPad

No comments: