aku faham bagi sesetengah lapisan masyarakat adalah sukar untuk memahami etika dalam pengangkutan awam. pagi-pagi, aku memang pengguna bas dan LRT yang tegar. jimat sebab aku dibebani hutang along berdaftar maka aku tahan sahajalah. gigih atau sebenarnya degil ah tak perlu cakap panjang-panjang.
anyways, aku faham memang susah untuk sesetengah orang faham bahawa kita mestilah memenuhkan bas untuk membenarkan orang lain naik. bila naik je, masing-masing ambik pot duduk dekat pintu, tak kiralah pintu depan atau belakang. lagi-lagi bas rapidkl, mana ada konduktor. jadi, secara defaultnya, kita mestilah duduk terus pada pintu. kan?

ya, begitulah seharusnya. duduk di depan muka pintu sebab kita seorang sahaja yang nak pergi kerja. orang lain tak perlu pergi kerja pun. mereka beratur beramai-ramai di luar bas semata-mata nak buat show, bukan berebut nak naik bas.
oleh itu, kalau ada orang yang tolak kita masuk ke dalam bas, kita mestilah marah mereka. bukan salah kita sebab kita tak perlu beri kerjasama pada orang lain. kita seorang sahaja yang ada kad rapid KL, orang lain naik dengan belas kasihan.
kak, kalau nak buat mcm tu, tolong naik teksi. akak memang tak sesuai naik kenderaan yang perlu bersesak-sesak seperti bas.
No comments:
Post a Comment