Thursday, June 02, 2011

petang tadi, aku sudah kene leter dengan tidak sengaja. bekerja di rumah maksudnya aku boleh bersuka-ria. tidaklah melampau tetapi bolehlah. 

petang tadi aku melawat astro di belakang. tiba-tiba, aku sudah kena leter. 

sepupu aku orangnya bijak. dan aku bangga bila dia ditawarkan untuk terus masuk program ijazah di skudai. tetapi aku tahu, bangga aku dan pastinya ibu bapa dia sekali tidak menjamin keputusan setiap semester. jadi, aku tak mahu ganggu. 

dia ambil keputusan untuk tidak lompat program. mak dia sudah mengamuk. 

aku? dia yang belajar. bukan orang lain. dia lebih tahu dugaan dia macam mana dan itu masa depan dia. aku rasa dia bukan buat keputusan petik jari sahaja. dia dah fikir masak-masak. baguslah kalau dia selalu balik rumah. apa masalahnya. zaman belajar aku belum lama berlalu...ayat yang lebih elok aku biarkan tergantung.

aku cuba cakap dengan emak dia, anak dia takut kalau tak boleh bawak. emak dia beria-ria tegaskan keputusan dia bagus, kenapa tak boleh buat? tidak, aku percaya tidak semua orang boleh buat semua benda. sebagai contoh, aku tidak boleh jadi barista. i second guess myself about 30 times in one minute jadi macam mana nak bancuh kopi? mahu juga buat kopi secawan dalam masa 15 minit. pasti pelanggan takkan gembira. 

sepupu aku sendiri beritahu dia takut dia tak boleh bawa. dia sedar kemampuan dia takat mana. baguslah maksudnya dia sudah dewasa. dia tahu kelebihan dan kekurangan dia. pointer dia memang lawa tapi kalau dia boleh kekalkan pointer dia macam tu tetapi berisiko memusnahkan keadaan berikut kalau bertukar, itu di tangan dia. 

satu hari nanti, kalau kita mahu lihat, kita pasti sedar bahawa setiap yang berlaku itu ada sebab. ada sebab kenapa aku disuruh kerja dari rumah hari ini. ada sebab kenapa aku jumpa syud, misalnya (encik si dia awak sgt bertuah, syud!). semua ada sebab. 

disebabkan aku ada sebab untuk bangun pagi maka aku perlu tidur sekarang. selamat malam. 

p/s: sepupu, hari-hari ko basuh rambut mlm-mlm, memang lena aku tidur bau syampu yang wangi. syampu je. kau tak. pfbt. 

No comments: