aku baru sahaja turun tapau makanan. macam biasa, minggu ini kelam-kabut siapkan kerja. makan depan skrin sambil ... rutin membosankan yang biasa, tidak perlu ulang.
aku jarang ambil daging, ayam atau makanan laut waktu makan tengahari. sebab aku selalu makan nasi campur dan kalau ambil yang salah satu itu, boleh terhenti jantung bila tengok harga. lagi satu, aku cepat mengantuk kalau makan ayam atau daging waktu tengahari (term dia aku lupa apa. apparently, the excuse is valid in science).
jadi, aku pun ambillah tempe dan kangkung saja. makan sambil buat kerja, bukan rasa apa sangat pun jadi tak perlu meriah sangat.
selalunya aku ambil dua sayur tapi hari ini mengelamun panjang depan kedai, bila kakak kedai panggil, cuma mampu tunjuk dua lauk. dah lama aku tak makan di kedai ini sebab lauknya memang serupa, tak pernah berubah. sementelah lagi kawan aku dah kerja di kawasan ini, lagilah jauh kaki melangkah.
entahkan faktor itu atau pun apa, dia sudah charge aku RM 5.30. dalam hati, memang tak perlu ceritalah. tapi sebab terlalu terkejut, aku hulur juga duit.
entahlah. aku dah makan di situ lama. mungkin dia tak perasan aku tak ambil ayam ataupun dia keliru. aku malas nak fikir panjang. panas tu panas la juga hati. tapi tak mengapa, di bawah banyak lagi gerai kalau tiba-tiba aku malas nak beli makanan di situ lagi.
No comments:
Post a Comment