Tuesday, February 01, 2011

ini adalah pendapat peribadi saya sendiri. ia tidak boleh diambil kira sebagai sumber tulisan yang mempunyai kredibiliti. atau sebenarnya, tak perlu ambil pusing langsung. 

fasha sandha, nora danish dan jejai. tiga nama ini sering disebut-sebut terutama dua tiga minggu kebelakangan ini. untuk orang seperti saya yang tidak begitu ambil tahu pun boleh tahu apa yang terjadi. bukan susah sangat, tgk tweet kawan-kawan, pasal fasha. kemudian dalam akhbar, cerita tentang fasha lagi. mmg tak kisah langsung tapi pada suatu hari, ketika menunggu giliran masuk bilik air di rumah, ada sekeping akhbar di para dapur berkenaan fasha. jadi, ambil untuk habiskan masa yang terluang.

saya kira, kalau fasha sandha dan nora danish berniat untuk memberikan persembahan yang terbaik atas lakonan mereka (dunia ini pentas lakonan, entah dari siapa), mereka sebenarnya sudah sangat berjaya. kenapa? kerana saban hari saya menantikan kalau-kalau ada catfight antara dua perempuan cantik ini. untuk berebut seorang lelaki.

ah jangan tipu. kita semua suka lihat 'people wash their dirty laundries especially on national TV'. kadang-kadang kita tak cari pun, tapi memang sudah ada. nak elak pun seperti sudah tidak mungkin.

nama nora danish bukanlah begitu gah, pada pendapat saya. lakonannya mudah dilupakan, yang diingati hanyalah wajahnya yang disukai atuk saya. ya, saya tidak tipu. datuk saya memang suka dia. fasha pula lebih kurang sebenarnya. kalau dia bersandarkan pada bakat, memang bakatnya tidak teruji lagi. jadi, kalau secebis cerita murah seperti ini yang didagangkan, sememangnya mereka berdua perlu berasa bertuah. after all, there's no such thing as bad publicity, right?

seperkara lagi, saya lihat begitu bencikan fasha sandha dan menyuruh artis nan satu ini berubah. sebenarnya, itu tidaklah begitu tepat. kita semua, semua orang, perlu berubah kepada sesuatu yang lebih bak. menjadi anak yang baik mungkin ataupun menjadi pekerja yang lebih baik.

janganlah meninggalkan pesanan ala-ala ustazah pada fasha sandha di ruang web yang memuatkan berita artis yang elok dan juga selalunya, tidak elok. anda lawat ruangan gosip, membaca cerita yang belum tentu benar dan cuba berlagak baik. macam musang berbulu ayam, yang berbuat begitu sepuluh kali tak boleh pakai. ibarat minta kebenaran nak buat tazkirah di dance floor disco. kan elok kalau tak perlu layan daripada awal lagi? mesti tiada cerita-cerita berkenaan artis yang tidak membawa faedah akan disiarkan lagi.

kalau betul nak nasihatkan dia, face-to-face lah. baru macho. ala jangan banyak alasan, kalau nak buat, mesti dapat.

sekian dulu, tulisan tidak tentu hala. entri yang ditulis untuk menenangkan hati yang sedang naik minyak kerana harga minyak naik lagi. nah, ini barulah satu cerita yang memberikan kesan kepada kita semua. paling tidakpun kepada household income atau 2011 GDP.

2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

aik?

ucu dah bawak kereta ke sampai gusar pasal minyak? hehe

p/s:
saya pon rasa menyemak je tengok cerita diorang, tapi sebab saya tak bayar paper tu so lantak lah. :D

Unknown said...

Sayang, harga minyak tu penanda aras harga keperluan Ye, jgn main2