Thursday, March 03, 2011

bicara sama bulan kerana aku sendiri. di atas kerusi ini, dalam bilik. baru pulang dari tengah ibukota. tidak, aku masih bertuah tidak perlu pulang lewat malam habiskan kerja. aku pulang lewat kerana bersembang dengan kawan. 

aku kira aku bertuah. syukur alhamdulillah. masih ada tempat berbual dan berbicara. sekalipun ada yang mencebik kerana hingga kini aku masih sendiri. entahlah, aku tidak pernah lihat itu sebagai satu kecacatan. aku masih ada keluarga dan kawan-kawan. bukanlah sendiri hingga tiada langsung tempat berbual. yang itu, memang boleh buat aku mati kutu. 

bukan tidak ada yang bertanya, ramai. mereka melihat 'solo' sebagai satu bencana, satu penyakit yang perlu diusir jauh-jauh. kata mereka, senang kalau sudah berkahwin. 

aku punya seorang teman, sebaya. malah, tarikh lahirnya cuma lapan hari lebih lewat daripada aku. orangnya manis, pandai memasak. dia sudah mempunyai seorang bayi yang comel. tetapi dia sudah kehilangan lelaki yang bergelar suami. 

seorang tidak semestinya susah. yang bernikah belum tentu menjalani liku kehidupan yang mudah. bahagian kita masing-masing, siapa tahu? 

aku malas hendak fikir panjang-panjang. kalau ada rezeki dan cuti diluluskan (yahoo!), aku mahu tenung pula bulan di terengganu. biar tenggelam di tengah deruan ombak (kalau ada) cuma jangan sampai terkambus dek pasir. mahu baring di tepi pantai, memekak dengan pemain MP3. 

maaf. kalau mahu ikut, di lain kali. bukan yang ini. 

4 comments:

blur12 said...

setuju! nuff said.

Unknown said...

blur12: WHAT? i thought we have a relationship

s.c.h.u.l.t said...

suka pegi pulau sensorang. takmo ajak i pon :p

Unknown said...

nantikan trip kereta, akan datang. muahaha.