tengahari tadi sudah menjadi ikan emas di kedai buku. kerana melihat buku-buku kegemaran yang digerami dengan harga yang murah maka sudah hyperventulate.
maka tercungap-cungap kerana berlari-lari berpusing kedai dengan begitu teruja sekali. kemudian berdiri di tengah-tengah kedai kerana tidak cukup nafas. berdiri di tengah-tengah kedai menekan punat-punat di telefon kerana perlu ditenangkan seseorang sebelum mengangkut banyak sangat buku di atas para dan diletakkan di dalam bakul tetapi tidak cukup ongkos untuk bayar. bagaimana mahu langsaikan semua buku yang ingin dibeli kalau begitu? kalau kedai makan boleh jugak cuci pinggan., kalau kat kedai buku nak cuci apa? cuci tingkap?
ya, itu soalan hari ini ya. mahu cuci apa di kedai buku kalau tak cukup duit.
inilah yang dikatakan kegilaan. sanggup mahu merembat buku apa saja yang ada walaupun mungkin akan menyebabkan makan lalang masak debu. sungguh gila.
TETAPI kini sangat puas hati dengan hasil tuaian iaitu lima keping buku. siapa mahu beli resit buku utk claim income tax, marilah. oke tak, cuma berlucu sahaja wahai suruhanjaya komunikasi dan multmedia malaysia.
tapi itulah, tidak tahu pulak bila nak habis baca buku ni kan? TAKPE. yang penting sudah ada dalam simpanan.
p/s: i usually use the monorail so was a bit thrown-off by the new putra coaches. begitu bersih sehingga rasa nak tandatangan.
2 comments:
yang penting nanti simpanan masa tua bertambah2. :))
ucu...ucu...
adoi sungguh terasa. adoiii
Post a Comment