Monday, October 18, 2010

dunia maya

alah. bukan susah sangat nak menipu di internet ni. kalau nak, boleh sangat.

bukan susah pun nak mengaku kerja macam orlando bloom sekalipun kerja anda angkat broom. tepek gambar cantik-cantik yang sah-sah bukan sendiri punya. mengaku perempuan sekalipun misai, jambang, bulu kaki, bulu dada semua lengkap.

tak susah. memang tak susah. tinggal lagi, kau rajin atau malas saja. kau berdepan dengan skrin, dia pun sama. jadi, apa yang menghalang dia untuk menipu?

itu kalau kau rajinlah.

jarang benar aku komen tentang entri penulis blog yang aku tak kenal. yang kenal tahap hi-bye, 'woh bile nak lepak sekali?' pun aku tak komen sangat. tengok keadaanlah. sebab apa? sebab tiada jaminan apa yang ditulis itu betul. kalau nampak beg, seluar jin (intended) harga sama dengan 4 bijik printer, kasut setengah bulan gaji, ditambah pula dengan cerita berdegar-degar konon ini dibelikan si polan si polan semasa dia ke bermuda, paris, itali dan jalan klang lama, selalunya aku baca dan ambil sebagai source of entertainment sahaja. besar kemungkinan, aku tak jenguk lagi blog itu.

kenapa? di tangan kita ada pilihan. heh macam iklan mengundi saja.

dalam zaman ini, usahlah naif sangat. sedangkan orang yang kita kenal pun boleh menipu di blog, inikan pula orang yang kita tak kenal.

ingat, orang gila tak pernah mengaku dia gila ;), kan si hotness-yang-bekerja-di-bangunan-yang-ada-kuwait-finance-house?

4 comments:

Bento-Hide said...

kah kah kah, nice entry ucu!

cuma masih ramai. aku kira terlalu ramai manusia yang suka percaya pada internet.

dan manusia yang menghuni di dalamnya.

kah kah kah! nice entry ucu!

Unknown said...

ben: takde ape yg hebat ben, cuma kebenaran. apa yang nak dipercayakan sangat pun aku tak paham. boleh je aku nak ckp aku sedang menaip dr milan padahal aku di kg baru (cthnya).

mudah sgt. kalau diri sendiri boleh berbohong, inikan pulak org lain. kan ben?

Unknown said...

betul. tapi aku selalu rasa aku gila. mungkin kah sebenarnya adalah sebaliknya? tapi aku tak rasa aku waras sangat. sebab aku selalu cakap sorang2.

Unknown said...

buah hati jensen: kau tanya aku? salah orang ni. aku ni bukan waras