orang selalu kata 'ala nilai duit dah kecil sekarang.' dengar ckp-ckp orang begitu, aku yang sedang memegang RM 50 di dalam tangan, rasa sungguh sayu.
tak bernilai sangat rupanya duit aku.
kalau dulu, RM 50 bole dapat sekeping buku. tetapi sekarang, sudah pandai cari lubang untuk dapat 2 buku dgn RM 50. buku baru.
' RM 50? nak makan apa?' itu kalau kau makan tengahari di starbucks, memanglah sesak nafas. cuba kalau kau makan nasi campur, boleh lagi. kalau kau pergi makan di restoran insaf dengan RM 50, insyaAllah, insaf juga la kau. insaf tak mahu datang lagi sebab dua orang makan pun sudah dekat-dekat RM 50.
boleh lagi nak berjalan kalau ada RM 50. tengok wayang, beli roti dan seludup air dalam jaket. boleh... boleh sangat. lepas tu kalau teringin sangat ice-blended coffee jenama sans francisco, di midvalley ada buy one free one. ha, kan dah boleh tu.
selalunya, RM 50 lebih dari cukup untuk aku berbelanja ke pejabat. aku pakai pas pra-bayar, jadi tidak ada masalah dari segi perbelanjaan ke tempat kerja (alhamdulillah, inilah salah satu nikmat orang yang tidak memandu).
kecil atau besar nilai wang, itu bergantung pada diri sendiri. kalau sudah beranak-pinak, mungkin sudah lain. entah, aku pun tidak tahu.
lagipun, besar periuk, besarlah keraknya.
RM 50. kalau kau simpan ASB, bagus juga.
4 comments:
RM50 boleh cover makan 5 hari je =.='
kau lain. kau belajar, mana boleh sekat-sekat makan
simpan dekat Public Mutual - Islamic one ;)
syud: tak semestinya public mutual je kan? banyak je bank lain offer islamic-based investment products
Post a Comment