Omar duduk termenung di dalam perpustakaan milik
Bahrin, ayahnya atau lebih tepat lagi, arwah ayahnya. Terbayang akan waktu yang
pernah diluangkan di dalam bilik ini bersama Bahrin. Semua itu tidak lagi
mungkin kerana Bahrin, seorang penulis kontroversi negara, sudah meninggal
dunia.
Kepala yang terasa berat memikirkan tentang pelbagai
perkara disandarkan ke kerusi. Terpandang rak buku yang penuh dengan tajuk buku
tulisan Bahrin. Ayahnya sudah mula menulis sejak sebelum Omar lahir lagi.
Sekalipun sibuk dengan perniagaan, Bahrin usahakan juga minatnya. Entah
bagaimana arwah mampu berbuat demikian, Omar tidak pasti.
Dan itu adalah antara satu daripada berjuta soalan
yang tidak sempat ditanyakan oleh Omar. Bukan tidak pernah terlintas di kepala
untuk bertanya tetapi… entah. Ada rasa sesal kerana selama ini, mereka lebih
banyak berselisih faham daripada berbincang. Tentang pelajaran, perniagaan,
cinta... semuanya. Sedari kecil hingga dewasa, Omar rasa mereka memang sentiasa
bergaduh. Baik dua tiga minit sebelum bergaduh semula.
Malah, pada hari pengebumian arwah Zainab; ibu Omar
pun, mereka masih sempat bermasam muka.
“ Siapa pula teman bertekak aku lepas ni?” tanya
lelaki itu pada diri sendiri sambil merenung pada meja arwah. Omar hanya mampu
berdiri dan melihat dari jauh sahaja apabila rumah sendiri sudah jadi tempat
siasatan polis. Kalau boleh, lelaki itu mahu melihat gambar Bahrin di atas
meja, seolah-olah mahu imej yang ada terbenam buat selamanya di dalam minda.
Bunyi telefon menganggu lamunan. Azlina.
“ Awak,” Omar menyapa.
“ Takziah.”
No comments:
Post a Comment