Friday, November 26, 2010

Aplikasi smartphone: Menstrual Calendar

Nota: Ini khas untuk pembaca perempuan (tetapi penulis mengalu-ngalukan kehadiran para suami yang ingin ambil tahu bagi pihak isteri. 

Mengetahui kitaran haid adalah penting, sekalipun anda masih belum berkahwin. Ini kerana haid anda memainkan peranan yang penting di dalam memberikan signal samada bahagian dalam badan anda berfungsi dengan elok atau tidak. 

Ada perempuan yang datang haid lebih daripada sekali dalam sebulan kerana tekanan, ini mungkin bukanlah sesuatu yang pelik. Cuma, ia akan jadi aneh jika kitarannya jadi tidak menentu. 

Tetapi, berapa ramaikah daripada kita yang tahu bagaimana untuk mengiranya? Marilah melawat blog si manis (Misskin) ini untuk mengetahui bagaimana untuk mengiranya kerana apa yang ingin saya bawakan pada kali ini adalah kepentingan kalendar menstruasi ataupun menstrual calendar. 

Sedikit info, smartphone akan menjadi semakin popular dan akan mengganti telefon-telefon biasa yang ada. Seperti yang anda tahu, smartphone mempunyai pelbagai fungsi yang berguna dan menggembirakan hinggakan saya berasa sungguh susah sekali untuk berenggang dengannya. Berita baik untuk para wanita termasuk saya kerana smartphone mempunyai aplikasi yang memudahkan kita mengambil tahu akan kitaran haid kita. Bagi pengguna smartphone yang menggunakan Android-based phone (ok macam tidak tahu macam mana nak alihbahasa), anda bolehlah menggunakan Menstrual Calendar. 



Anda boleh klik pada setiap tarikh. Anda boleh masukkan bagaimana keadaan anda hari itu, adakah aliran berat atau tidak? Adakah anda sakit kepala? Sakit pinggang? Berguna bukan? 

Bagi wanita yang sudah berkahwin, mereka juga boleh mencatatkan suhu badan mereka. Apabila suhu badan berubah, ya itulah waktu subur anda :D. 

Anda juga boleh meletakkan keadaan cervical mucus anda. Aplikasi ini juga membolehkan anda mencatatkan apa-apa yang terjadi sepanjang tempoh haid anda. 


Tiada lagi masalah anda tidak pasti sudah berapa lama anda mengalami keluaran cairan yang pelik. Ini kerana anda hanya perlu mencatatkan semuanya di dalam telefon anda, bukan buku nota (seperti yang pernah saya buat dulu). 

Adalah penting untuk mengambil tahu akan kitaran haid anda kerana ia berkait rapat dengan keseimbangan hormon di dalam badan. Ia juga merupakan penanda aras samada diet anda sesuai dengan anda atau tidak. Kitaran haid yang tratur menandakan anda subur, InsyaAllah. ( Sumber daripada ahli farmasi syud)

Maka, jika anda adalah pengguna smartphone, ini adalah masa untuk anda memuat turun aplikasi seperti ini. 


Ini adalah pengetahuan penting untuk para wanita kerana pelbagai perkara boleh didapati daripada pemerhatian kitaran haid anda. Jangan lupa kongsikan bersama :)

2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

HAHAHA sumber dari ahli farmasi tu tak boleh blah *sorok muka*

Unknown said...

doa tu doa tau