Tuesday, March 01, 2011

ini cerita saya, dia, anda, kita semua,

' saya ganggu awak ke dengan text saya?' pagi-pagi mamat ini sudah buat aku senyum sendiri. bukan senang nak tengok aku senyum pada waktu pagi. tambahan pula di pejabat, hari isnin.

 secara peribadi, aku senang sekali kalau dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas. tidak seperti panggilan telefon, aku boleh kawal masa sendiri bila mahu balas pesanan ringkas tersebut.

 lebih-lebih lagi pesanan ringkas mamat ini. tetapi malangnya, aku bukan anak gadis Donald Trump. maka, aku tidak boleh balas pesanannya terlalu kerap semasa waktu pejabat.

  aku senang sekali dengan bicara dia sebenarnya. ada sahaja yang ingin dibualkan. tentang cuaca, tentang sesaknya tren hari ini, dan sarapan yang ruapanya tidak seberapa tetapi rasanya boleh buat tak lena tidur. senang, aku senang sekali.

 tetapi kerja pejabat juga penting maka pesanan itu aku biarkan sahaja.

  5 minit kemudian...

  ' sibuk ea?'

  aku senyum lagi. maaf. kita jumpa lagi dalam masa sejam. :)

hei, bukan lelaki sahaja tahu hila kerja tau?

1 comment:

Imran said...

He made your day. Good :)