Monday, April 05, 2010

cari betul-betul


cari betul-betul
Originally uploaded by uculer
kadang-kadang kan, benda yang cantik, molek, best, gembira dan dll (huih lama gile tak tgk dll nih) dekat je ngan kita. kita selalu cari jauh-jauh. contoh mcm nak cari mata air, cari sampai ke pejabat sebelah....

oke. itu topik larangan. baiklah, mari cuba sekali lagi.

kita selalu mengharapkan yang terbestest dalam dunia. contohnya macam dapat coklat tiga tan, bunga bersamaan 4 kati tapi kita lupa, kadang-kadang sesuatu yang menggembirakan itu muncul dalam bentuk yang cukup ringkas. malah tak terjangkakan pun.

pagi tadi, syud mengucapkan selamat pagi, 'have a good day ahead'. hati yang sedang sedih kerana tidak dapat bawa bekal nasi goreng terubat. hasilnya:

-sangat gembira sepanjang hari
-buat kerja pun laju
-berjaya menahan kantuk sampai sekarang (10.45 mlm)
-dapat pulang awal (dapat lambung imran dua tiga round. dah mcm belon aku buat budak kecik tu)

see? ucapan selamat pagi yang ringkas boleh buat sesiapa pun gembira. terima kasih byk-byk syud. selamat pagi kamu lagi berharga daripada 'see you' you-know-who.

macam gambar di sebelah. kasut nampak kotor tapi kalau lihat betul-betul, akan nampak serangga yang cantik.

terima kasih sekali lagi syud :).

apa lagi? anda tak tahu siapa yang bakal gembira dengan ucapan selamat pagi anda.

4 comments:

s.c.h.u.l.t said...

aow! ya Allah. tiba-tiba touching dengan teramat. macam mana ni ucu? :D

dahla siap letak rama-rama ape semua. ah, I so love youuuu! :)

apa lagi?

saya kena ucap selamat pagi dekat mata air. eh eh? takda lagi. HAHAHA

p/s: takyah kisah pasal orang sebelah. bukannya best pon. i lg best kan kan? :P (in sudden)

Unknown said...

syud: anda sudah buat saya tacing semalam la :P. rama-rama tu tak letak tapi hinggap di kasut. sampai skang tak tau samada rerama itu betol ke tipu.

orang sebelah tak bes? oke itu tak boleh komen pape, kene senyap je

Rizai Reeani said...

Ola ucu!

Lama tidak singgah ke sini. Rumah pun dah cat baru. Lembut je template. Hehe...

Betul kata ucu, kadang-kadang bila kita tak bersemangat, kata-kata perangsang begini mampu membuatkan kita lebih bertenaga.

Apatah lagi jika dapat senyuman dari orang yang tersayang... :D

Unknown said...

ridh: oo time kaseh time kaseh. rasa mcm nak tukar template plak.
ye itulah. nasib baik imran ada. bole tgk die senyum hari-hari