Friday, April 09, 2010


dua generasi
Originally uploaded by uculer
patah tebu. tau tak patah tebu tu macam mana?

oke saya pun tak tau sebenarnya tapi saje je nak bubuh jugak kat sini. memang saja nak kene lempang.

patah tebu tulang belakang duduk dalam bas dekat dua jam. like hello....aku ni travel dari seremban ke kl ke atau central market ke sipi--sipi bangsar? eh sedara-sedara plis i tak hangout dekat central market. saya jalan kaki dr klcc ke central market, tolong jangan salah anggap.

petang tadi hujan lagi. dan seperti biasa, hujan-hujan mmg waktu terbaik utk kenderaan rosak kot. daripada elok-elok tak jam, boleh jadi slow crawl yang sudah tahap lebih perlahan dri menggelongsor. memang mengantuk amat rasa macam nak tidur seperti imran di dalam gambar ini. tetapi cuma boleh pandang keluar tingkap seperti apa yang datuk saya lakukan di dalam gambar ini. wah sungguh hebat boleh membuat hubungkait antara gambar dengan kehidupan. cikgu-cikgu tolong bangga dengan saya sekarang sbb skill membuat karangan daripada gambar.

itupun nasib baik dapat duduk dalam bas. kalau berdiri, mahu la jugak jatuh-jatuh jadinye. lepas tu buku nak dibaca pun sudah habis (buku bertajuk thud! dari terry pratchett sudah habis baca. punyelah lama kan perjalanan tu, samapi habis 20++ mukasurat). nasib baik dalam bas ada TV. kepada sesiapa yang tak tau, rapid kl ada tv dalam bas ye. tapi bukanlah tv mcm kat umah tu. die tayang ikut suke la. tadi die tayang transformer tapi tidak dengar. jadi cuma memandang kosong di skrin.

dah tau lama kenapa naik bas? ada kete ni byk belanja, lagi-lagi kerja dekat dengan klcc. sungguh akan jadi sgt tidak convenient. itulah sebabnya.

ya, ini tulisan cacamerba. sebenarnya saja nak tampal gambar imran. hari ni balik umah dia sudah tidur. sungguh rinduuuuuuu

p/s: ulasan tentang blog kegemaran muda-mudi sudah di update di One Stop Review.

4 comments:

Anonymous said...

imran mcm buat camwhore la pulak..hahaha..
(cubit pipi dia)

Unknown said...

haha budak-budak zaman skang mmg sgt pandai posing

s.c.h.u.l.t said...

yay! imran comel!

eh kenapa sungguh lama dia bermustautin? kenapa tanak bermustautin waktu syuhada dtg nanti? T.T

tv dlm rapid memang lucu. kadang2 dia keluar doodle comel. kadang2 dia keluar entahapehape T____T

Unknown said...

syud: die ade sini due minggu sbb nenek kiterang pegi umrah.

ha itulah semenjak due menjak ni die kuar cite lizard plak. ces