Thursday, October 13, 2011

Perihal Beg O Beg

semalam masih lagi meneruskan misi mencari beg. aku rasa nak mencari penaja untuk kapasitor.net pun tak sesusah itu. kerana aku lebih suka beg sandang atau sling bag, lagilah susah. beg untuk perempuan kebanyakannya beg tangan.
 
pening pening. sebenarnya cari dengan beria semalam sebab ingatkan nak ambil kesempatan jualan murah. jualan murahlah sangat. kalau semua harga beg dah RM 1,000, ko potong sampai RM 500 pun aku tak mahu beli juga. baik aku simpan dalam bank duit sebyk itu.
 
aku mahu kualiti juga. kalau murah tak masuk akal tapi tak tahan, pun tak guna juga. selalunya, beg yang aku pakai, tahan sekurang-kurangnya setahun setengah. memang aku bawa kiri kanan ke tengah ke tepi.
 
akhirnya, aku tutup mata dan sauk sahaja beg sandang di Bata. beg untuk lelaki sebenarnya. peduli hapa aku. asal boleh muat payung, botol air, beg duit, telefon, charger, buku, pen, sapu saja. puas hati aku.
 
jadi jejaka-jejaka sekalian, fahamilah luahan hati kami kalau kami ckp susah nak cari beg. sekian.

4 comments:

Abang Zam said...

tau. beli beg plastik hitam senang

NSMY said...

ucu penah beli beg dr katalog? for suggestion, alfio raldo and bethoven adalah berbaloi. kualiti bagus, harga pon xdala mahal sgt... mcm2 pesen ada, even sling bag.

Unknown said...

abang zam: ya oke
NSMY: ouh ye ke? cemana nak cari katalog tu?

NSMY said...

xda kwn2 atau mkcik2 yg join? hmm. kalo xda, pegi trus je ke kedai dorang.rupa kedai dia ala2 avon gak... mksd sy, konsep kedainya.. hee..