Aku bertuah kerana anak buah aku tak ramai. Oke sebenarnya mungkin ramai tapi aku buat-buat macam tak perasan sahaja. Haha memang nak minta kaki.
Yang sepatutnya perlu aku beri hadiah adalah dua sepupu yang di rumah.
Tahun pertama, kandungan sampul duit raya adalah sama.
Tahun kedua, aku isi duit secara random (RM 50, RM 30, RM 10) dan mereka perlu pilih secara random. Sungguh mengujakan, bukan?
Mungkin tahun ini....
Sampul duit raya.
Kertas surat khabar.
Duit syiling lima sen dua keping.
Kira macam cabutan bertuahlah.
Agak-agak, nanti sepupu aku buat patung voodo utk balas dendam kat aku tak?
2 comments:
hahaha.. ko tunggulah pembalasan budak2 tak dapat dwet raya
5 sen pun duit tuuuu
Post a Comment