dulu-dulu kan, dulu-duluuuuu la (punyalah tarik huruf nak tunjuk dah lama), aku kan selalu feeling-feeling tulis bahasa omputih. kononnya, nak push trafik. aku ingat, dengan cara itu akan makin tinggi trafik ke blog aku.
adalah dalam beberapa bulan aku perhatikani perkembangan trafik ke blog. ala bukan susah pun, tgk je la stat. macam tak biasa buat. bukan banyak sangat kerja pun. sebelum nak tidur tu, check stat sikit. tak pun masa menyelit bawah ketiak org dalam putra ke. ikut kesesuaian.
apapun, lama aku perhatikan stats tu. takdelah berubah mana. mungkin takde isu hot kot seperti New Arrivals, Freemason, Arlene Tan dan lain-lain dalam bahasa inggeris. yang ada cuma entry bercuti di sabah. aih...tiba-tiba terasa angin sejuk ranau. ah, lupakan.
lalu, aku kembali beralih-arah kepada medium perantaraan bahasa ibunda sendiri. dari situ aku perasan yang boleh tahan juga banyak keyword yang masuk. kerana blog ini tidak meletakkan gosip artis, maka tidaklah begitu ramai yang masuk tetapi lebih banyak daripada masa aku menulis menggunakan bahasa inggeris.
jadi, bolehlah disimpulkan jika kita mahu menulis untuk trafik (no one is judging. someone has got to pay for my spectacles and even a few extra hundred comes in handy), tidak salah kalau nak berbahasa malaysia.
hingga di kapasitor sekalipun, entri dalam bahasa malaysia adalah lebih banyak dan lebih kerap dikunjungi berbanding bahasa inggeris.
sekian, dulu. pemerhatian di atas tidak dijalankan menggunakan kaedah saintifik maka keputusannya boleh diragui.
selamat berbuka semua!
No comments:
Post a Comment