Horrible Bosses. sudah lama aku tak keluar untuk berjimba-jimba. Sejak pembedahan rasanya jadi apalagi, pastilah kita mengambil kesempatan untuk menonton wayang. Sayang, aku memang nak tonton Harry Potter tapi tak mengapalah, Horrible Bosses pun boleh juga.
Aku sebenarnya tak tahu pun kewujudan cerita ini sebenarnya tetapi kemudian aku telah menonton trailer cerita ini (tanpa sengaja) pada suatu hari. Nampak macam ada Jennifer Aniston jadi mestilah aku mahu tonton. Mula-mula hanya sekadar mahu tetapi kemudian terdengar pula perkataan 'murder plot for their bosses'. Maka, perlukah dicucuk-cucuk untuk menonton cerita ini? Pastinya tidak.

Menjadi seorang majikan bukan mudah. Mahu jaga anak-anak buah mungkin menyebabkan kita menjadi serigala jadian daripada seekor Puss in Boots. Tetapi ini pula cerita majikan-majikan yang memeningkan kepala. Seorang maneater, seorang lagi psiko dan seorang lagi pothead.
Sila bayangkan seorang majikan anda psiko. Beri harapan untuk kenaikan pangkat dan kemudian ambil jawatan itu sendiri. Tak cukup dengan itu, dia pecahkan pula bilik kerana dia mahu ambil jawatan itu. Memang calon terbaik untuk Horrible Bosses (ha tengok teknik SEO aku? hebat, bukan?).
Kemudian, anda bekerja untuk seorang lelaki budiman tetapi anak lelakinya pula kaki kokain. Anda tahu bahawa syarikat anda akan lingkup kerana anak majikan anda. Kemudian, bos anda yang budiman mati, diganti pula dengan pothead yang hanya mahu membelanjakan duit syarikat.
Anda seorang pesalahlaku seks. Anda pernah ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh, kencing di taman permainan kanak-kanak pada waktu malam ketika mabuk. Disebabkan itu, anda sangat tidak boleh memilih kerja kerana hampir semua majikan tidak mahu menggaji anda. Ini adalah watak Dale. Kesian Dale kerana kena buli dengan Julia (Jennifer Aniston), maneater. Ini adalah bos yang boleh membuatkan anda kurus pahala puasa dengan sekurus-kurusnya. Beware, people.
Mereka berasa sangat tertekan dengan keadaan majikan mereka hingga timbul 'hypothetically killing our bosses'. Daripada small talk di pub, mereka telah melangkah setapak lagi.

Dale adalah watak yang sangat suka bercakap. Memang rasa nak kasi kaki. Dave mempunyai muka yang lebih serius manakala Kurt pula watak yang mula-mula buka topik tentang 'have you ever imagined killing you bosses?'.
Horrible Bosses adalah menghiburkan, bagi seorang peminat dark comedy. Tapi mungkin juga aku yang naik syeh sebab lama dah tak keluar. Lokasi yang dipaparkan adalah tempat-tempat yang unik, yang tidak seselalu dilihat di dalam filem-filem yang lain. Tapi memang teringatlah dekat bekas bos yang psiko bila tengok cerita ni. Yes, I have had one.
Dan twist dalam cerita itu yang aku suka. Kau rancang nak bunuh bos kau, lepas tu kau dilepaskan daripada idea itu. Kira macam outsourcing yang tak sengaja. Har har har har.
The Rotten Tomatoes memberikan rating 6.75/10 (last I've seen it).

Tapi serius. Kalau puasa, consider not watching this. Ah dem, terbayang Dale nyanyi 'That's Not My Name'. Haha.
No comments:
Post a Comment