Di dunia maya ini, terdapat pelbagai jenis blog. Maklumlah, sejak adanya Internet, semua orang rasa mereka perlu berkata sesuatu (macam aku) sekalipun dia tak pasti itu betul atau tidak. Kalau ada orang baca lagi seronok kan? Ya, anda yang sedang membaca tulisan ini, terima kasih banyak-banyak.
Seronok membaca blog yang sinis dan sarkastik. Aku juga suka baca blog yang penuh dengan cerita. Susah oke nak tulis cerita. Belit jalan cerita sampai silap-silap terbelit leher sendiri. Blog yang menulis gaya comel pun aku suka seperti blog sepupu aku (fuh fuh mintak-mintak dia masak pasta esok ke minggu depan ke).
Selalunya, aku jarang komen dekat blog orang di comment box. Bukan sombong, kadang-kadang memang sibuk. Tetapi aku cuba juga balas komen yang ada. Ada sebab kenapa aku tak follow atau baca blog seseorang.
1. Emo around-the-clock
Cakap banyak pun tak guna. Hujan pun tau berenti, dik.
2. Entri macam diari
Bangun jam 8, cari berus gigi, 8.02 terpicit ubat gigi banyak, buang separuh. 8.03 gosok gigi, 8.05 habis gosok gigi. Mungkin kalau aku dah tukar kerjaya jadi tukang culik ke, mungkin aku akan baca blog begini.
3. Blog berlagu
Rasanya, sudah banyak peralatan yang membolehkan kita simpan lagu contohnya komputer, telefon bimbit dan pemain mp3. Rasanya tak perlu letak lagu kat blog. Kami boleh pilih sendiri.
And that was so 90's.
4. Blog minta puji
Penulis sentiasa mengutuk diri sendiri: gemuklah (tapi berat badan 44kg), tak lawalah (manusia ni, Tuhan jadikan semulajadi lawa), meja sepahlah (padahal nampak sangat baru lap sebelum gambar diambil), muka tak siap (padahal fake lashes tu baru je letak, dahi tu baru sgt tepek dgn loose powder). Kalau Tuhan ambil balik semua tu, kau nak?
5. Konspirasi
Illuminati, Freemason bla bla bla. Aku tak pandai sangat macam diaorang. Aku tak faham sangat point mereka ini semua.
Aku listkan ni bukan saja nak mengutuk tetapi mungkin boleh jadi panduan la kepada sesiapa yang berminat nak jadi blogger ulung.
9 comments:
like... :)
blog aku kategori mana?
Oh, kamu pun di kapasitor kan? Baru perasan dari entri Sarkasis yang terbaru.
pearl kaz: err tapi kalau org tu rasa oke, oke je la
blur12: confidential
Lucifer: a ah :)
sokong!
apa yg confidential?
blog aku kategori confidential atau jwpn ko confidential?
huhuhuhu :P
hahaha... betul2.. depends on certain people.
patut hg jarang komen blog aku.
banyak konspirasi.
konspirasi makan!!
pearl kaz: tade hak pulak nak larang
cek chun: aku tak boleh nak komen. tade benda bernas nk kasi sbb aku tak pandai masak-masak.
Post a Comment