Sunday, July 10, 2011

Jaded

ini luahan entah apa-apa. anda sudah diingatkan. 

kalau boleh, aku mahu berfikiran positif setiap masa. sepanjang hari.

kalau bolehlah. tapi aku ini cuma insan biasa. bila sudah terjadi sesuatu perkara, aku rasa macam sudah kena langgar dengan garuda, dilenyek bulldozer kemudian dicabul. dicabul di sini mungkin dicabul hak asasi, hak mengundi dan apa-apa lagilah. pendek kata, perasaan yang sungguh terfaktab sekali.

there, i've said it.

aku tidak pernah mahu jadi sinikal. penat. kalau boleh aku ingin lihat dunia ini di sebalik rose-tinted glasses; selalunya indah dan sempurna. tidak pernah berlaku murphy's law atau pasti ada hikmah yang datang dua tiga saat selepas sesuatu terjadi. but life doesn't work that way. when you wanted chocolatte, sometimes you'll get lemon. dan pengalaman mendapat lemon itulah yang perit untuk difahamkan.

' as people get older, they get more cynical'. i know i've been bitter. heck, i'm bitter. a friend knows this too well.

i know i cannot blame anything. this is the lesson that i have to take. like the lesson of falling down simultaneously while learning how to ride a bike. looking at my right hand, the scar is still there. a scar that may not even heal.

sometimes i just want to pack my bag and flee. but is that what i want to do for the rest of my life? flee whenever problem arise? is that how i'm going to lead my life?

mungkin inilah last straw itu. aku jadi tambah sinikal bila orang bercakap tentang cinta dan perhubungan, kehidupan juga. like it will get better like how? yang aku nampak hutang membukit keliling aku. yang aku rasa penat amat-amat. macam aku cakap tadi, nak lari dan tinggalkan hutang belajar di sini. bina hidup baru konon-kononnya.

ya, right. what if it becomes worse?

apa-apa yang kawan aku cerita, aku dengar, angguk tapi dalam hati Tuhan saja tahu apa yang bersarang. i'm happy for my friends, don't get me wrong but when it comes to myself that i have serious doubt. maafkan aku, Tuhan. aku terkhilaf.

aku kira aku sangat bertuah. tak bertuah ke kalau dapat kawan yang tak perlu disuruh pun dia boleh belikan kau makan tengahari waktu kau terperangkap di klinik nak periksa kesihatan?

sudah sampai di hujung ini, aku tahu aku yang salah. berikan aku peluang dan kekuatan untuk hadapi ini semua dengan rasional. pinjamkan sedikit sabar, sedikit pun jadilah.

2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

nah awak.

saya bagi 50% kesabaran saya. maaflah takley bagi banyak. sebab saya pon kurang sabar orangnya.

syafakillah ucu. semoga berita yang diterima nanti ok ok aja. ameen

Unknown said...

terima kasih syud. 50% pun dah kira banyak tu :))