Tuesday, April 26, 2011

aku bukan suka sangat pergi KLCC. tapi hari-hari mesti tempuh KLCC. itu saja jalan terdekat nak pegi tempat kerja dan pulang.berlumba-lumba dengan entah berapa juta pekerja yang bekerja di kawasan ini. aku main petik je juta tu, jangan percaya sangat. aku bukan pernah buat survey pun.

menarik sebenarnya keadaan orang pergi kerja pagi-pagi. taklah stress sangat bagi aku sebab hampir setiap kali ada buku di tangan. cuma hari ini sahaja aku rasa aku terpaksa korbankan keinginan yang membuak nak baca 'Thief of Time' dari Terry Pratchett.

aku boleh terima kalau orang berpusu-pusu waktu pergi kerja. aku tau orang tengah terkejar-kejar. langgarlah, tak cakap maaf pun tak apa. tapi kalau sampai aku terduduk, memang aku sepak.

tapi, yang aku tak boleh terima, kalau aku pergi makan lunch, selamba je dia langgar aku. bukan langgar selisih bahu. langgar yang 'he walked into you'. aku dah buat suara rempit dah kat situ. kau bayangkan seorang perempuan yang pakai baju saiz 8-10 (UK size), dilanggar oleh seorang lelaki tua, rambut beruban yang lebih kurang 2.5 kali lebih besar daripada aku. detail rambut beruban ditambah sebab nak kasitau dia dah tua.

sakit gila. aku fikir nak kene rush balik opis je. kalau tak mmg aku patah balik, sepak keting dia.

amarah tu memang marah. aku fikir rambut dia dah beruban je. ini terjadi semalam tapi bila ingatkan balik, marah pulak jadinya.

sebab aku dah marah, aku nak pergi beli-belah sekarang. beli-belah barang keperluan dapur je la.

No comments: