Aku memang ada jadual di pejabat untuk merehatkan mata. Setiap satu jam, aku akan keluar dari pejabat, berjalan-jalan merehatkan mata. Maklumlah, kalau dah mengadap komputer berjam-jam lamanya, boleh juling juga mata. Selalunya, aku akan ke tandas. Kalau hendak ke kedai setiap satu jam, memang terjejas ekonomi peribadi aku.
Kadang-kadang, gosip di dalam pejabat tidak boleh dielakkan, hatta untuk sebuah pejabat yang senyap sunyi sekalipun. Maka, kami pun berbual-bual tentang keadaan tandas (ya, kami tiada topik lain) yang kotornya luar biasa. Begitu juga dengan permasalahan tisu tandas yang sering sahaja cepat habis.
Masalah tisu tandaslah yang sering membuatkan kami tikda puas hati sebenarnya. Hingga ada yang memilih untuk bawa tisu sendiri. Aku? Aku tidak pernah bawa tisu ke mana-mana dari dulu lagi maka aku tiada cadangan untuk berbuat begitu sekarang.
Semasa kami bergosip, bos telah memberitahu yang seorang makcik telah mengambil kesemua tisu-tisu di dalam keempat-empat kubikel dan kemudiannya diisi ke dalam plastik yang dibawanya.
Aku sentiasa menunggu hari di mana aku akan bertemu dengan pencuri tisu ini.
Dia nampak macam makcik-makcik biasa sahaja. Pekerja pejabat yang biasa. Bezanya, sepanjang tiga tahun lebih aku bekerja di sini, aku jarang nampak perempuan ini.
Dia bawa beg plastik di tangan. Agak besar. Aku nampak sekurang-kurangnya dua gulungtisu tandas di dalam plastik tersebut.
Hurm. Menarik. Kalau nak beri alasan untuk berjimat kerana kenaikan harga minyak, kurang logik.
Hurm. Tapi, mungkin benar juga.
P/S: sedang tonton cerita dari karya Tolstoy. Perempuan yang berkahwin ada hubungan dengan lelaki lain. Perempuan itu risau status kandungan dalam perut. Ini zaman Tsar di Rusia. Lain benar dengan zaman sekarang. Zaman dulu mungkin mahu ke Moscow dari St Petersberg, hanya boleh naik keretapi sahaja tetapi orang masih berakal.
Sent from my iPad
2 comments:
mungkin mencuri itu dahjadi habit. kot? :P hihihi. cuba sergah sekali. Mak cik, beli tisu ke? haha.
haha baik. patut akan buat macam itulah.
Post a Comment